Thursday, July 29, 2010

Isi-Isi Ringkas Pelbagai Tajuk Karangan

Langkah Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat.

Kategori: PMR

Pendahuluan:

  • Isu perpaduan sering diperkatakan
  • Banyak pihak akur bahawa perpaduan kaum di negara kita lebih baik berbanding dengan negara luar

Idea Esei: ( Langkah-langkah )

  • Kempen kesedaran pentingnya perpaduan perlu dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta, bahan NGO, dan anggota masyarakat.
  • Pemimpin politik yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular.
  • Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun kecil. "Api ketika kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan". "Jangan bermain api nanti terbakar tangan"
  • Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya agar selaras dengan konsep 1 Malaysia
  • Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan, hari keluarga, dan program anjuran rukun tetanga.
  • Mengemaskinikan kurikulum sekolah secara lebih menjurus ke arah perpaduan kaum.
  • Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat.
  • Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan segera dalam kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.

Penutup

  • Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • Semua pihak mestilah berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negara kita agar rakyat dapat meneruskan kehidupan dalan suasana aman dan damai.
  • Kerjasama ini bagai aur dengan tebing.

Read more

Wednesday, July 28, 2010

Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan Karangan

SILA BACA DAN AMBIL PERHATIAN
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh calon peperiksaan sama ada PMR dan SPM. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan tatabahasa. Kesalahan yang terkumpul amat menjejaskan markah keseluruhan. Apatah lagi jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dikategorikan sebagai serius seperti di bawah:
  • Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana: Namun, Tetapi, Malah, Manakala

Sepatutnya: Akan tetapi, Namun begitu, ( Penanda Wacana )

.... manakala ...., ......malah... ( ditulis untuk dua ayat )

  • Ayat tergantung. ( .Bak kata pepatah ... ) ditulis pada awal ayat.

Sepatutnya: ..... bak kata pepatah ..... ( ditulis sebagai sambungan ayat )

  • Kesalahan ejaan. ...... bah kata peribaha melayu ......

Sepatutnya: ..... bak kata peribahasa Melayu ..... ( bah membawa maksud 'banjir'

  • Memberi kasih sayang. ......

Sepatutnya: memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja 'memberikan' perlu diikuti oleh tidak bernyawa manakala 'memberi' diikuti objek bernyawa.

  • Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan... , Ini kerana .... ,

Sepatutnya: Hal / Perkara ini menunjukkan.... , Hal ini demikian kerana .... ,

  • Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. .....mempunyai banyak pilihan ... 'banyak' bukannya objek. 'banyak ' ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama.

Sepatutnya: ..... mempunyai pilihan yang banyak / banyak mempunyai pilihan

  • Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' digunakan sesuka hati. ialah' perlu diikuti kata nama. 'adalah' perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

  • Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata kata sendi nama pada kata pemeri 'adalah'.

Sebagai contohnya: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang ..... sepatutnya .... adalah dengan menguatkuasakan .... / adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ... antara kata sendi nama yang dapat digunakan ( adalah untuk, adalah dengan, adalah melalui, adalah seperti )

  • Bentuk lewah.

Sebagai contohnya: Antara faktor-faktor ...., sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah .... sepatutnya ..... Pelbagai langkah .....

  • Kesalahan Hukum D-M.

Sebagai contohnya: dan lain-lain lagi, sepatutnya .... aktiviti-aktiviti lain. ( berdasarkan perkara yang dibincangkan )

  • Penggunaan kata ganti diri ketiga "ia" untuk benda atau perkara.

Sebagai contohnya: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. "ia" sepatutnya digantikan dengan SUBJEK PERBINCANGAN iaitu, kempen.

Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ...

  • Masih terdapat calon peperiksaan yang masih menulis .... dikalangan ...

SEPATUTNYA: "dalam kalangan". Kata Sendi "di" berfungsi untuk menunjukkan arah

  • Pada masa kini ...

SEPATUTNYA: Pada masa ini, atau Kini.

  • Kesalahan penanda wacana. Selain daripada itu / Selain dari itu

SEPATUTNYA: Selain daripada itu, ..... Sepatutnya... Selain itu, ...... Sehubungan itu, ...... sepatutnya ..... Sehubungan dengan itu, .......

  • oleh kerana .......

SEPATUTNYA: oleh sebab ......

  • Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh: .... di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ..... sepatutnya kata-kata tersebut diganti dengan kata-kata lain yang sesuai.

SEPATUTNYA: apa - ( perkara/hal ), bagaimana - ( cara/langkah/ ), siapa - ( orang / individu ), di mana ( tempat ) / yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai. Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda (?).

  • Kesalahan pengejaan kata majmuk. SEBAGAI CONTOHNYA: Ibu bapa ...... sepatutnya ....... ibu bapa, semulajadi ..... sepatutnya semula jadi.

  • Kesalahan kata hubung "tambahan pula" pada pangkal perenggan. "tambahan pula" TIDAK DIGUNA UNTUK ISI BAHARU.

KESIMPULANNYA: Calon peperiksaan perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dituntut. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran PERLU DIASAH dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

Read more

PLOT TRAGEDI EMPAT DISEMBER




PERMULAAN:



  • Kamarul Azam dan rakan-rakannya ( Razi, Lina Lim, Chandra ) menaiki motobot ke Tanjung Pangku untuk aktiviti perkhemahan.

PERKEMBANGAN:




  • DSP Yazid menerima maklumat bahawa kapal terbang yang dinaiki oleh ayah Kamarul Azam terhempas di Tanjung Pangku.


  • Kamarul Azam dan rakannya Razi melihat sendiri kapal terbang terhempas.

KLIMAKS:




  • Kamarul Azam dan Razi ditangkap oleh sekumpulan penjahat yang berserkup kepala ketika mereka meninjau kawasan tempat kemalangan berlaku.


  • Kamarul Azam dan Razi dibawa ke tengah laut dan dibiarkan hanyut ( karan ) sebelum diselamatkan oleh Pak Widodo iaitu nelayan di Pulau Rangsang.

PELERAIAN:




  • Kamarul Azam dan Razi kemudian berjaya pulang ke Johor dengan bantuan Antik dan sempat menghadiri majlis pengebumian mayat mangsa tragedi secara beramai-ramai di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh.

Contoh Pelbagai Soalan berkaitan aspek PLOT yang berkemungkinan ditanya pada Oktober nanti:-


Soalan 1


Berdasarkan novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2 dan 3, ulas secara ringkas bahagian akhir cerita.


Jawapan contoh:


Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 2 ialah Tragedi Empat Disember manakala novel yang saya kaji dalam Tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan.


Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita Tragedi Empat Disember, Antik telah ditemukan semula dengan ayahnya apabila pasukan keselamatan kedua-dua buah negara sepakat untuk ke tengah laut. Selain itu, misteri tentang kotak yang dijumpai juga terjawab apabila kotak itu ditemukan semula dan mengandungi catatan yang ditulis oleh penumpang pesawat sebelum pesawat terhempas.


Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan, Kanang yang telah bersara telah kembali ke Rumah Panjang Skra Hilir dan setelah itu membina rumah sendiri dengan tulang empat keratnya. Selain itu, walaupun setelah bersara Kanang masih juga mendapat penghormatan daripada kerajaan atas jasa baktinya kepada negara.


Soalan 2:


Bandingkan secara ringkas permulaan cerita novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.


Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 ialah Anak Din Biola dan Tragedi Empat Disember.


Dalam Novel Anak Din Biola, cerita dimulakan dengan aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh penghuni Rumah Bonda pada waktu pagi. Dalam Novel Tragedi Empat Disember pula, cerita dimulakan dengan aktiviti keluarga di rumah Encik Razali iaitu minum petang bersama-sama.


Teknik yang digunakan dalam permulaan cerita kedua-dua buah novel ini sama iaitu pemerian dan dialog. Dalam novel Anak Din Biola, gotong-royong di Rumah Bonda digambarkan secara pemerian tetapi terdapat juga perbualan antara Budiman dengan Pak Jais tentang tugas yang dilakukan. Dalam novel Tragedi Empat Disember perbualan antara ahli keluarga lebih banyak digunakan. Pemerian digunakan untuk menggambarkan keadaan keluarga tersebut ketika minum petang.


Read more