Monday, August 30, 2010

Watak dan Perwatakan dalam RENYAH

Novel RENYAH menggambarkan kesukaran, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seorang usahawan dalam meniti kehidupan dan meluaskan empayar perniagaannya. Siapakah usahawan yang mampu menokah arus dan mencipta nama ulung dalam bidang usahawan ini? Siapakah isteri dan anak-anaknya, rakan kongsi? Bagaimana pandangan orang-orang di sekitarnya?
Jawapan bagi soalan-soalan ini sebenarnya menyatakan pelaku, pelakon atau watak serta perwatakan. Perwatakan ialah gambaran paras serta sikap dan tabiat mereka. Perwatakan dapat dilihat dari segi fizikal seperti usia dan paras. Di samping itu perwatakan merangkumi sifat dalaman watak seperti rajin, penyayang, tabah, lemah lembut serta bertanggungjawab.
Dalam novel ini watak utamanya ialah Datuk Dolhi. Watak-watak sampingan pula ialah seramai 18 orang termasuklah Datin Tominah, Hasnol, Amera, Wahi dan lain-lain.
Pengarang menampilkan watak-watak dalam novelnya dengan pelbagai cara. Setiap watak mampu dicungkil oleh pengarang dengan baik dan berkesan.
Datuk Dolhi
  • usahawan
  • rakan niaga Albert yang sama-sama menubuhkan Dolhi Albert Holding
  • memiliki 2 orang isteri dan isteri keduanya meninggal dunia
  • dikurniakan 6 orang anak

perwatakan dalaman

  1. bijak
  2. rajin bekerja iaitu kerap melawat tapak projek
  3. rajin membaca
  4. menyayangi kedua-dua isteri iaitu Datin Tominah dan Mastura
  5. tidak tegas dalam mendidik anak-anak

Datin Tominah

  • berumur 50-an
  • Isteri pertama Datuk Dolhi

Perwatakan dalaman

  1. sibuk dengan aktiviti sosial
  2. mementingkan kecantikan
  3. kurang memberikan perhatian kepada anak-anak
  4. kuat cemburu misalnya sering berbincang tentang cara-cara mengawal suami
  5. penggerak utama kelab Datin

Hasnol

  • anak sulung Datuk Dolhi dengan isterinya Datin Tominah
  • sudah berumah tangga dengan isterinya Linda dan dikurniakan 2 orang cahaya mata

Perwatakan dalaman

  1. tidak berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawanan
  2. tidak mempunyai ketegasan dan sering mengikut kata isteri sehingga dapat dikatakan mengikut telunjuk isteri
  3. bersikap boros dan akhirnya terlibat dengan rasuah

Amera

  • anak ke-2 Datuk Dolhi
  • seorang guru
  • cantik
  • isteri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas

Perwatakan dalaman

  1. komited terhadap tugas sebagai guru sehingga dianugerahkan sebagai pendidik terbaik seluruh negeri
  2. bersopan santun menyebabkan lelaki Cina iaitu Robert Lee pun tertarik dan mudah terpikat

Wahi

  • anak Datuk Dolhi dengan Mastura iaitu isteri keduanya.
  • berumur pertengahan 20-an
  • belajar di Jepun
  • dilantik menggantikan Datuk Dolhi menguruskan perniagaan

Perwatakan dalaman

  1. amanah
  2. bertanggungjawab misalnya menyiapkan kertas kerja untuk dibentang oleh Datuk Dolhi walaupun berada di Jepun
  3. berfikiran positif
  4. berbudi bahasa

Read more

Sunday, August 29, 2010

KONFLIK WATAK UTAMA DALAM RENYAH

  1. Datuk Dolhi mengalami konflik dengan kelima-lima orang anaknya. Contohnya kelima-lima anaknya menolak pelawaan/ ajakan/ pelawaannya untuk mengurus perniagaannya. Masing-masing seronok dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hasnol dengan kerjayanya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Amera sebagai pendidik, Ilham sibuk sebagai aktivis alam sekitar, Mukhlis aktif dalam gerakan dakwah dan Dani pula seronok dengan bidang seni muzik yang dicwburinya
  2. Datuk Dolhi berselisih pendapat dengan rakan-rakan Mukhlis tentang perjuangan dakwah dan bidang perniagaan. Bagi mereka perniagaan Datuk Dolhi berbaur riba dan maksiat. Manakala Datuk Dolhi pula beranggapan kegiataan dakwah yang diusahakan itu benar-benar merosakkan nama baik Islam kerana tiada pekerjaan dan mundar-mandir tanpa hala tuju.
  3. Datuk Dolhi mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat laporan tentang berita tentang anaknya Hasnol. Laporan akhbar memuatkan kisah Hasnol lari ke luar negara kerana terlibat dengan rasuah benar-benar membuatkan Datuk Dolhi malu kerana menjejaskan imejnya. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah. Datuk Dolhi turut disiasat.
  4. Datuk Dolhi benar-benar kecewa dan terkedu dengan peristiwa penangkapan Dani. Rumah Datuk Dolhi sekali lagi menjadi sasaran wartawan untuk mendapatkan berita apabila Dani ditangkap oleh polis kerana memiliki najis dadah dan ditahan dilokap.
  5. Datuk Dolhi berhadapan dengan situasi muram perniagaannya. Oleh sebab perstasi syarikat Dolhi-Albert Holding makin menurun kerana masalah dalaman keluargan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya. Tindakan Datuk Dolhi ini menyakitkan hati Albert lalu bertindak menarik diri sebagai rakan kongsi perniagaan.
Read more

Friday, August 27, 2010

Strategi Menulis Karangan SPM

1. ANALISIS SOALAN


Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara., menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.
  • Tema :- Golongan remaja
  • Isu:- Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman
  • Fokus :- Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.

2. MENULIS PENDAHULUAN

Mengandungi 3 komponen ayat utama:-

Ayat 1. Tema

  • Definisi

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan berusia di antara 15 hingga 20 tahun.

  • Nilai Murni

Golongan remaja di negara ini seharusnya bersyukur kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang aman dan makmur seperti Malaysia.

  • Kepentingan tema

Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan remaja sebagai pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Ayat 2. Isu

  • Salin pernyataan dalam soalan

Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.

Ayat 3. Fokus

  • Bina persoalan berdasarkan fokus soalan

Persoalannya, apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

Contoh Pendahuluan Lengkap:

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun. Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Persoalannnya, apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

3. MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan Isi Pertama:-

Ayat Wacana + Ayat Fokus

Pada pendapat saya, sebagai golongan yang menjadi aset kepada negara, ( AW ) golongan remaja perlulah menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa lampau seperti perit pedih pejuang-pejuang negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dan penat lelah pemimpin seterusnya memajukan negara ( AF )

Ayat Sokongan

Hal ini demikian kerana, perjuangan tokoh-tokoh terdahulu perlulah dijadikan inspirasi untuk meneruskan pembangunan sekali gus melakar sejarah indah buat generasi yang akan datang pula.

Ayat Huraian / Contoh

Golongan remaja perlu sedar bahawa bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan seperti sekarang. Rundingan demi rundingan, perbincangan demi perbincangan, barulah negara berjaya membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang telah lama beraja di mata dan bersultan di hati di negara kita yang tercinta ini.

Ayat Penegas

Justru, sebagai generasi pelapis, remaja perlu memandang ke hadapan dan mengorak langkah dengan penuh yakin agar kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Contoh Isi 2

Golongan remaja juga mestilah sentiasa menguatkan iltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana melalui pendidikan, golongan remaja dapat menambah ilmu di dada dan menajamkan fikiran untuk menghadapi hari mendatang. Dengan ilmu pengetahuan juga, remaja akan sentiasa dihargai walau di mana mereka berada. Jika di daratan akan menjadi pokok, dan jika dicampak ke laut akan menjadi pulau. Begitulah diibaratkan orang yang berilmu dan inilah ciri-ciri yang amat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan dan berfikiran luas. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab golongan remaja untuk memenuhi ilmu di dada dan mencari sebanyak mana pengalaman sebagai bekalan untuk menjadi pemimpin yang disegani.

Contoh Isi 3

Di samping itu, golongan remaja perlu sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri walau di mana kita berada. Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut adalah menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti merokok, penyalahgunaan dadah, dan kegiatan lumba haram. Perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini memberi gambaran imej yang jelas bahawa generasi muda kurang bersedia menerima amanah. Hal ini demikian kerana pemimpin yang berakhlak buruk tidak akan dihormati rakyat, apatah lagi untuk untuk mencapai kecemerlangan dalam pemerintahan. Dari sudut pandangan yang lain, generasi yang tidak bermoral ini dilihat hanya akan menjatuhkan dan meruntuhkan kestabilan negara yang telah dicapai hampir setengah abad. Justeru, golongan remaja harus sentiasa berhati-hati memilih rakan dan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah-kancah maksiat.

Contoh Isi 4

Selari dengan perkembangan ekonomi dan ledakan teknologi maklumat kini, golongan remaja perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan perubahan yang berlaku sama ada di dalam ataupun di luar negara. Hal ini demikian kerana, remaja perlu sentiasa bersaing dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya agar dapat memaksimumkan keupayaan dan kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk memajukan diri, bangsa, dan negara, berfikiran luas, terbuka, dan sentiasa rasional adalah sifat-sifat yang sangat perlu dalam pembentukan sahsiah seseorang bakal pemimpin. Contoh yang paling tepat ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Berkat kebijaksanaan dan keterbukaan beliau menerima pendapat dan teguran pihak lain, beliau berjaya memacu negara ke peringkat yang amat tinggi dan membanggakan. Oleh sebab itu, remaja haruslah menjadi sifat-sifat terpuji beliau sebagai pendorong dan inspirasi untuk mengekalkan kedaulatan negara dan membawa negara ke aras yang lebih tinggi.

Contoh Isi 5

Bidang sains dan teknologi amat penting dalam era globalisasi kini. Kerajaan dan pihak swasta, semuanya menumpukan perhatian kepada bidang yang mempunyai prospek dan masa hadapan yang cerah ini. Golongan remaja sebagai penggerak kemajuan negara, perlulah melibatkan diri dalam sektor-sektor berkaitan sains dan teknologi untuk memastikan perkembangan bidang ini yang berterusan. Kita perlulah mengambil dan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberi agar dapat merealisasikan kemajuan sains dan teknologi. Majmis Amanah Rakyat ( MARA ) umpamanya menyediakan banyak peluang kepada rakyat, khususnya kaum bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, sebagai generasi pelapis, kita perlulah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan sains seperti Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Inovasi Sains, Kuiz Sains Nasional, dan Pertandingan Mereka Laman Web.

Contoh Isi 6

Selain itu, golongan remaja perlu sentiasa menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui kementerian di bawahnya untuk memajukan Malaysia. Hal ini demikian kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak terutamanya golongan remaja, yang merupakan kumpulan majoriti adalah sangat penting. Remaja perlu menyahut seruan kerajaan dengan minda terbuka dan melaksanakan segala rancangan tersebut dengan jayanya. Contohnya, kempen membaca, kempen derma darah dan Progran Latihan Khidmat Negara. Pelbagai makna tersirat ingin disampaikan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan dan kementerian seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Pelbagai faedah akan diperoleh jika rancangan dan kempen tersebut mendapat perhatian dan penghayatan daripada golongan remaja. Antaranya, lahirlah golongan yang bersikap penyayang, matang, liberal, dan saling membantu. Justeru, adalah sangat perlu bagi remaja memainkan peranan mereka dalam menyokong seratus peratus dasar-dasar kerajaan.

4. MENULIS KESIMPULAN

Mengandungi 3 item yang utama:

  • Saranan
  • Harapan
  • Rayuan /Sinis

Contoh:

Sebagai kesimpulan, golongan remaja sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara, dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan, golongan remaja akan memandang serius segala perubahan yang berlaku serta mengambil tahu senario politik semasa agar dapat menjadi asas untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu membantu golongan remaja dalam usaha untuk memastikan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang akan mempunyai pelapis yang berwibawa.

Read more

Tuesday, August 24, 2010

TEKNIK MUDAH PERENGGAN

ALTERNATIF UNTUK PELAJAR SEDERHANA DAN POTENSI

A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1 = Idea Utama
A2 = Huraian
A3 = Huraian
A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik
A5 = Kesimpulan perenggan

*A ialah ayat.


B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN

Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut;


  1. Akhir-akhir ini, ...
  2. Belakangan ini, ...
  3. Mayapada, ...
  4. Marcapada, ...
  5. Dalam mengejar era modenisasi ...

C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut;

Punca/cara/ usaha/ kepentingan yang perlu diperhalusi ialah, ...

D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN

Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut;

  • Kesimpulannya, ...
  • Secara tuntas, ...
  • Sebagai akhir kalam, ...
  • Konklusinya, ...
  • Sebagai intiha, ...

E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR

Tema = isu dalam soalan

Ayat arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan

Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea

Ayat contoh = ayat yang menyatakan contoh ( dimulakan dengan )

  • Menurut ... atau Sebagai contoh, ... ( berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat

Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu

E. PROSEDUR PELAKSANAAN

  1. Guru menerangkan secara ringkas perkara A,B,C,,D dan E
  2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan, isi dan kesimpulan kepada pelajar
  3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan
  4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis ayat sebelum memulakan ayat seterusnya.

G. CONTOH BAHAN PENGAJARAN

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita kian longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

PENDAHULUAN

Mayapada, .. (tema ) ....................................................................................................................................

............................................. ( AH = Apa ) ....................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

( AH ) BAGAIMANA/ MENGAPA/SIAPA ..............................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AC ) Menurut .............................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

.............................................. ( AA ) Oleh itu, ...................... ( ARAHAN SOALAN ).................................

...........................................................................................................................................................................

ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat

ditingkatkan ialah .........................................................................................................................................

................................................................. ( AH ) Justeru, ............................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AH ) Hal ini demikian kerana ...................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AC ) Sebagai contohnya, ...........................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AS ) Sekiranya, ...........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

KESIMPULAN

Sebagai akhir kalamnya, .............................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( Harapan ) .....................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( Pandangan ) .................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( Cadangan ) ...................................................................................................................................................

CONTOH PENULISAN PELAJAR

PENDAHULUAN

Mayapada, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin longgar. Semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai sifat ramah dan ringan tulang dalam kalangan masyarakat yang berjiran. Semangat kejiran cukup penting kerana kita boleh merapatkan hubungan silaturahim tatkala berlakunya musibah atau semasa berkongsi kegembiraan. Menurut Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, semangat kejiranan merupakan sumber kekuatan umat dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Oleh itu, langkah-langkah memperkuat semangat kejiranan perlu difikirkan oleh semua pihak yang terlibat.

ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan adalah dengan mengadakan gotong-royong. Gotong-royong boleh diadakan pada hujung minggu bagi mengisi program hujung minggu orang ramai. Biasanya program gotong-royong diadakan bagi membersihkan masjid atau semasa mengadakan kenduri kendara. Menurut Datuk DR. Fadzillah Kamsah, program gotong-royong mampu menambah erat hubungan sesama anggota masyarakat dan mengukuh negara bangsa. Sekiranya setiap golongan masyarakat terlibat dengan program gotong-royong, maka pastinya semangat kejiranan bertambah utuh dan negara menjadi semakin kukuh.

KESIMPULAN

Sebagai akhir kalam, semangat kejiranan perlu diperkukuh oleh segenap lapisan masyarakat. Semangat kejiranan perlu diamalkan bukan sahaja oleh penduduk desa malahan penduduk bandar. Jika semangat kejiranan berjaya dihayati, negara akan semakin kukuh dan tercapailah misi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Semoga semangat kejiran terus subur dalam nurani warga Malaysia sehingga negara terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Read more

Syair Definisi Orang Berakal

Syair Definisi Orang Berakal


Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Orang yang berakal merupakan orang mulia. Orang berakal juga seumpama pakaian bagi para nabi. Sesiapa sahaja yang mengikut ajaran orang yang berakal akan bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam
Orang yang berakal mempunyai pemikiran yang tajam. Jika menjadi ketua, mereka akan membela orang bawahan. Jika melihat sesuatu yang tidak baik, mereka akan membetulkannya.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh dan kerohanian yang tinggi. Mereka juga amat mengasihi rakan-rakan dan majikan. Orang yang berakal akan menjauhi orang yang jahat kerana khuatir akan mendatangkan musibah kepada diri.
Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak takwa,
Ibanya tahu dunia tak kekal.
Orang yang berakal akan mematuhi hukum agama. Mereka tidak bersikap tamak dan memperbanyak tawakal. Hal ini demikian kerana mereka tahu dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Jika orang berakal ini dikasihi raja, mereka tidak akan membuat sesuatu sesuka hati. Mereka juga tidak akan sambalewa ketika bekerja dan bersikap biasa sahaja terhadap rakan-rakan.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Semakin raja mengasihinya, orang yang berakal tetap berhati-hati. Mereka akan sentiasa mengambil hati sahabat dan sentiasa merendah diri.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
Orang yang berakal juga sangat suka akan ilmu. Mereka akan menelaah tanpa perasaan jemu. Orang yang berakal tidak akan terpedaya dalam mencari kepuasan dalam kehidupan.
Persoalan
  • kebahagian dapat dicapai jika seseorang itu mencontohi orang yang bijak.
  • kepentingan untuk mematuhi hukum agama.
  • sikap sombong sangat perlu dijauhi oleh semua orang.
  • kepentingan sikap rendah diri terhadap orang lain.
  • kepentingan penguasaan ilmu dalam kehidupan.

Gaya Bahasa

  • perkataan klasik - tersunjam dan melanja-lanja.
  • anafora - Tiadalah ia melanja-lanja, tiadalah menyombonh pada bekerja.
  • Sinkope - Ibanya tahu dunia tak kekal.
  • Asonansi - Pakaian anbia dan aulia. ( perulangan vokal 'a' )
  • Aliterasi - Orang berakal sangatlah mulia ( perulangan konsonan 'l' )

Nilai

  • kasih sayang - sangatlah mengasihi tuan dan sahabat.
  • baik hati - segala taulannya hatinya dihambat.
  • rendah diri - merendah diri serta berkhidmat.
  • tekun - suka mentelaah tiadalah jemu.

Pengajaran

  • kita hendaklah mencontohi orang yang berakal.
  • kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan nasib orang bawahan.
  • kita hendaklah mematuhi hukum-hakam agama.
  • kita tidak boleh mengamalkan sikap melampau dalam kehidupan.
  • kita hendaklah sentiasa merendah diri.
Read more

Prosa Tradisional Ting 1 Maharaja Keinderaan

Bab 1

Bentara Angkasa Indera Dewa seorang raja yang gagah dan memiliki kerajaan yang besar. Setelah memohon kebenaran daripada Bentara Guru, baginda pun turun ke dunia bersama isterinya.

Bab 2

Maharaja Indera memerintah Anta Beranta, sebuah kerajaan yang besar. Pada satu hari Angkasa Indera Dewa menghadap Maharaja Indera dalam keadaan tubuh yang compang-camping. Melihat keadaan Angkasa Indera Dewa itu ( Si Miskin ), orang ramai mengetawakannya dan melontarkan tubuhnya dengan kayu dan batu, sehingga tubuh baginda berdarah. Raja mengusir Si Miskin dari istana.

Disebabkan Si Miskin dalam keadaan lapar, dia mencari makanan dalam timbunan sampah. Bersama isterinya, mereka makan daun taruk kayu, ketupat, dan tebu yang besi. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Sebenarnya ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Bentara Karma Jaya, yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat ( lelaki ) dan tebu ( perempuan ).

Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam memakan buah mempelam yang ada dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar, tetapi tidak diterima oleh isterinya. Jalan yang terakhir, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda mengizinkan diambil buah tersebut. Isteri Si Miskin mengidam buah nangka yang terdapat dalam taman raja juga. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin.

Bab 3

Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Marakarma. Si Miskin mendirikan pondok untuk kediaman mereka sekeluarga. Ketika mengali untuk membina pondok. Si Miskin telah menemui tempayan besar yang mengandungi emas. Pada hari yang lain, ketika dia sedang memangku anaknya, dia mengatakan sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari. Manakala namanya ditukar kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya diberi nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Beberapa tahun kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri dan diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma.

NILAI

  • Kasih sayang

Contohnya: Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan menemui Maharaja Indera Dewa untuk memperoleh mempelam dan buah nangka.

  • Tanggungjawab

Contohnya: Si Miskin bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membina pondok untuk mereka sekeluarga tinggal.

  • hemah tinggi

Contohnya: Si Miskin tunduk dan menyembah tanda hormat apabila menemui Maharaja Indera Dewa

PENGAJARAN

  • Kita perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua

Contohnya: ditunjukkan oleh Bentara Angkasa Indera Dewa yang tidak mendengar nasihat Bentara Guru bahawa hidup di dunia ini akan mengalami kesusahan jangan lah diikuti.

  • Kita hendaklah mengasihi isteri kita

Contohnya: Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan berusaha mendapatkan buah mempelam dan nangka.

  • Pemerintah perlu bersikap adil kepada rakyat

Contohnya: Maharaja Indera Angkasa memerintah Puspa Sari dengan adil menyebabkan rakyat menyayanginya dan negerinya makmur.

Read more

Thursday, August 19, 2010

PANTUN EMPAT KERAT ( Jenaka dan Sindiran )

Pantun Empat Kerat ( Jenaka dan Sindiran )

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Menyindir seseorang yang mempunyai isteri yang cantik, tetapi tidak pandai menguruskan rumah tangga.




Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Peristiwa lucu yang mustahil berlaku dijadikan gurauan dalam masyarakat.




Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kelakuan lucu dijadikan sindiran dalam masyarakat. Kambing yang sepatutnya menjadi makanan harimau hanya dapat dilihat kerana ketidakupayaan harimau sendiri.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Kebimbangan seseorang apabila melihat sesuatu yang aneh berlaku di persekitaran


Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Kehairanan seseorang apabila melihat sesuatu yang tidak sewajarnya telah berlaku. Sepatutnya ikan disambar burung, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.


Persoalan

  • Persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita sebelum berumah tangga.
  • Kepentingan ilmu pengetahuan.
  • Kepentingan kuasa dan kekuatan dalam usaha meneruskan kehidupan.
  • Kebimbangan masyarakat tentang perlakuan aneh dalam masyarakat.
  • Kekuatan seseorang tidak akan kekal untuk jangka masa panjang.

Gaya bahasa

  • Pemilihan kata (diksi) yang indah - Apa guna berkain batik; kalau tidak memakai capal.
  • Inversi - Duduk termenung harimau tua.
  • Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal.
  • Asonansi - Duduk termenung harimau tua (perulangan vokal 'u')
  • Aliterasi - Burung terbang disambar ikan. (perulangan konsonan 'r')

Nilai

  • Bijaksana - bijak mengurus rumah tangga.
  • Rajin - berusaha menuntut ilmu.
  • Prihatin - mengambil berat segala peristiwa yang berlaku.

Pengajaran

  • sebagai seorang isteri kita hendaklah pandai menguruskan rumah tangga.
  • kita hendaklah berusaha untuk mencari ilmu pengetahuan.
  • kita hendaklah prihatin terhadap peristiwa yang berlaku.
  • kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam kehidupan.

Read more

Tuesday, August 17, 2010

Formula tatabahasa bahagian 6



Read more

Formula tatabahasa bahagian 5



Read more

Formula tatabahasa bahagian 4



Read more

Formula tatabahasa bahagian 3







Read more

Formula tatabahasa bahagian 2



Read more

PUISI TRADISIONAL ( Pantun Empat Kerat Budi )




PANTUN EMPAT KERAT ( Budi )


Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Maksud:
Jika tidak mengingati seseorang, kita tidak akan menyebut namanya

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Maksud:
Telah menjadi resam dalam kehidupan di dunia bahawa orang yang mati akan meninggalkan nama, sama ada baik atau buruk.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Maksud:
Orang yang berbuat baik walaupun sedikit tidak akan dilupakan malah menjadi kenangan kepada orang lain.

Anak itik berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Maksud:
Seseorang sanggup menerima cinta orang lain dan sanggup berbakti sepanyang hayat.



Persoalan
  • Nama yang baik akan sentiasa disebut oleh orang lain.
  • Nama orang yang mati akan disebut berdasarkan amalannya.
  • Budi yang baik walaupun sedikit akan terpahat dalam hati orang lain
  • Kesanggupan menerima budi baik dan cinta orang lain serta kesanggupan berkhidmat sepanjang hayat.

Gaya Bahasa

  • Pemilihan kata yang indah - Air pasang tenang-tenangan
  • Sinkope - Jika tak kenang kepada saya; Budi sedikit bila kan hilang
  • Inversi - kasih tuan saya terima
  • Asonansi -Terang bulan terang di paya ( perulangan vokal 'a' )
  • Aliterasi - Orang yang mati meninggalkan nama ( perulangan konsonan 'g' )

Nilai

  • Kasih sayang - Kasih tuan saya terima; Sebagai hutang seribu tahun
  • Mengenang budi - Budi sedikit bila kan hilang; Itu menjadi kenang-kenangan
  • Hormat-menghormati - Resam di dunia juga disebut; Orang yang mati meninggalkan nama

Pengajaran

  • Kita hendaklah sentiasa mengenang budi baik orang lain
  • Kita mestilah berbudi dalam kehidupan
  • Kita mestilah menghargai kebaikan orang lain
  • Kita mestilah membalas jasa orang lain



Read more

Friday, August 13, 2010

Novel Renyah: KAJIAN LATAR

LATAR dalam sesebuah karya sastera berkait rapat dengan watak yang hendak diceritakan. Audien akan memperoleh gambaran lebih jelas sekiranya sesebuah karya itu menggambarkan latar tempat tang tepat, latar masa serta latar masyarakat yang khusus. Hal ini akan memudahkan pembaca mengenali lebih rapat di manakah peristiwa itu berlaku, bilakah masanya, dan masyarakat apakah yang terdapat dalam karya.

UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT :

Read more

BANK PERIBAHASA

  • Peribahasa: Sama Maksud

Banyak peribahasa Melayu yang membawa maksud melakukan sesuatu pekerjaan yang sia-sia dan tidak membawa faedah apa-apa. Antaranya:

  1. Bagai mencencang air -------------------------> melakukan kerja yang tidak berfaedah.
  2. Bagai kambing menanduk bukit ---------------> kerja yang sia-sia yang merugikan diri.
  3. Bagai menghitung bulu kambing -------------- > perbuatan yang sia-sia.
  4. Bagai hujan jatuh ke pasir ---------------------> perbuatan yang sia-sia.
  5. Seperti anjing menyalak bukit -----------------> perbuatan yang sia-sia.
  6. Laksana layang-layang melawan angin---------> perbuatan yang sia-sia.
  7. Laksana mencari sungai yang tiada berhulu ---> berpenat lelah yang sia-sia.
  8. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan --- > kerja yang sia-sia.
Read more

Thursday, August 12, 2010

Antologi Kasut Kelopak Jantung: TEMPANG

SINOPSIS:
Seorang pelajar cacat bernama Hafizi di kelas 4 Sains 1 berkawan baik dengan Raja. Hafizi dibenci dan sering dihina oleh Kamil dan kawan-kawannya. Kamil selalu mengejek Hafizi. Sikap Kamil yang buruk itu tidak disenangi oleh Raja. Raja yang tidak sabar lagi dengan gelagat jahat Kami akhirnya bertekad mahu bertindak ke atas Kamil. Namun Hafizi menghalang. Mei Ling yang menegur sikap Kamil menyebabkan Kamil marah dan berlakulah pertengkaran tetapi terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas.
Semasa aktiviti perkelahan anjuran kelas 4 Sains 1, Kamil hampir-hampir lemas namun sempat diselamatkan oleh Hafizi. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan memohon maaf kepada Hafizi.
TEMA
  • Sikap manusia yang suka memandang hina kepada orang cacat.

PERSOALAN

  1. Sabar walaupun dihina rakan
  2. Sikap suka berdendam tiada kebaikannya
  3. Menasihati kawan agar mengawal kemarahan
  4. Membantu orang yang kesusahan

NILAI

  1. sabar
  2. pemaaf
  3. bertanggungjawab
  4. berani
  5. tolong-menolong
  6. baik hati
Read more

Wednesday, August 11, 2010

TEMA DAN PERSOALAN - NOVEL RENYAH

TEMA


Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.


PERSOALAN



  • Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.


  • Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.


  • Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.


  • Pengarug ajaran Islam yang menyimpang. Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.


  • Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi, merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.


  • Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah terlibat dengan salah laku rasuah keranatamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.


  • Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencita alam sekitar. Namun minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.


  • Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.

Untuk maklumat lanjut: SILA KLIK

Read more

Thursday, August 5, 2010

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


SKRIP JAWAPAN CONTOH

Kesesakan lalu lintas sering kali berlaku di negara kita. Pelbagai cara yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
Meningkatkan mutu pengakutan awam merupakan satu daripada caranya. Dengan meningkatkan mutunya, maka orang ramai akan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri dan ini akan menyebabkan jumlah kenderaan di jalan raya berkurangan.
Selain itu, usaha memperbaik sistem lalu lintas seperti melebar jalan raya, keberkesanan lampu isyarat ditingkatkan juga dapat mengurangkan kesesakan.
Amalan berkongsi kereta dapat membantu mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Dengan jumlah kenderaan yang berkurangan, secara langsung akan menyebabkan masalah kesesakan dapat diatasi.
Langkah terakhir untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memperbanyak jumlah jalan raya yang boleh dijadikan alternatif kepada pengguna. Mereka tidak lagi tertumpu kepada sebatang jalan sahaja untuk ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan dalam membantu mengurangkan kesesakan jalan raya.
( 125 patah perkataan )
Read more

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PMR

Soalan 1:

Merupakan soalan meminta calon menentukan makna kata/ rangkai kata. Lihat soalan contoh di atas.

Apakah maksud frasa masa senggang?

Jawapan:
  • Maksud masa senggang ialah waktu lapang < 2 markah >
  • Maksud masa senggang ialah waktu rehat < 2 markah >
  • Maksud masa senggang ialah waktu terluang < 2 markah >
  • Maksud masa senggang ialah masa lapang /masa rehat/masa terluang < 1 markah > ( hanya memberikan maksud satu patah kata sahaja )
  • Jika jawapan TIDAK MENGGUNAKAN ayat lengkap, contoh:
  1. waktu lapang - <>
  2. waktu rehat - <>
  3. waktu terluang <>

* Markah akan kosong ( tidak diberi ) jika:

  1. Maksud masa senggang ialah waktu kosong.
  2. Masa senggang bermaksud waktu lapang atau waktu kosong.
  3. Masa senggang ialah waktu lapang yang digunakan oleh seseorang untuk melakukan pelbagai aktiviti. ( jawapan huraian - 0 )
  4. Kelapangan waktu.

PERHATIAN: Untuk menjawab soalan 1, calon PMR mestilah menjawab menggunakan ayat lengkap dan maksud frasa itu hendaklah dijelaskan secara ringkas tanpa menghuraikannya.

Calon juga mesti memberikan maksud untuk kedua-dua patah kata tersebut iaitu:

  • masa --> waktu
  • senggang --> lapang/ rehat/ terluang / lenggang

Soalan 2:

Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid. ( 4 markah )

Jawapan:

  • Pandangan sesetengah pihak tentang kerja rumah.. ( soalan ini jenis analisis teks )
  1. menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah - ( 2 markah ) serta
  2. merompak masa kanak-kanak untuk berkembang dari segi jasmani ( 2 markah )

  • Calon akan mendapat ( 2 markah ) jika:
  1. menjawab sebahagian daripada jawapan di atas
  2. menjawab menggunakan jawapan yang tidak lengkap dari segi ayat.
  3. mengemukakan kedua-dua pandangan dengan tepat tetapi menggunakan sistem point atau nombor.
  • Calon akan mendapat ( 1 markah ) jika:
  1. mengemukakan satu pandangan dengan ayat yang tidak lengkap:
  • Pandangan sesetengah pihak tentang kerja rumah akan menyusahkan ibu bapa. - ( 1 markah )
  • Pandangan sesetengah pihak tentang kerja rumah akan merompak masa kanak-kanak. - ( 1 markah )

Calon peperiksaan PMR yang mengemukakan jawapan TIDAK merujuk petikan - ( 0 markah )

Soalan 3:

Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam peperiksaan. - ( 4 markah )

Jawapan:

  • Usaha yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk berjaya dalam pelajaran ialah :-
  1. bertanyakan guru -----------------------------> 2 markah
  2. mengulang kaji pelajaran ----------------------> 2 markah
  3. belajar / berbincang dalam kumpulan----------> 2 markah
  4. mengunjungi perpustakaan --------------------> 2 markah
  5. membeli buku rujukan ------------------------> 2 markah
  6. menghadiri kelas tuisyen ---------------------->2 markah
  7. menyertai kem motivasi ---------------------- > 2 markah
  8. menumpukan perhatian ketika guru mengajar--> 2 markah
  9. menghadiri seminar menjawab soalan ----------> 2 markah
  10. berdoa kepada Tuhan --------------------------> 2 markah
  11. makan makanan seimbang supaya otak cerdas --> 2 markah
  • Usaha guru / ibu bapa / masyarakat ---- ( 0 markah )
  • Jawapan yang diambil daripada petikan--( 0 markah )

Jawapan yang menggabungkan mana-mana dua usaha di atas dan menggunakan ayat yang lengkap akan mendapat 4 markah.


Read more

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN PMR





RINGKASAN KARANGAN merupakan ujian kecekapan bahasa dan pengetahuan pelajar pada peringkat menengah rendah. Sejak tingkatan satu pelajar dilatih oleh guru untuk meringkaskan petikan sehingga menjadi kurang daripada 80 patah perkataan.



Kehendak soalan meringkaskan karangan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kehendak umum dan kehendak khusus. Namun, sejak 2005 soalan ringkasan penilaian menengah rendah lebih berbentuk khusus iaitu arahan soalan dikhususkan kepada satu hala tuju. Contohnya, baca petikan di bawah kemudian tulis sebuah ringkasan tentang kesan pembangunan kepada alam sekitar.



Maksudnya, pelajar harus faham bahawa arahan soalan tersebut hanya meminta pelajar meringkaskan petikan tentang kesan pembangunan. Soalan begini lebih mudah jika pelajar peka dengan arahan soalan. Dengan kata lain, pelajar meringkaskan petikan berdasarkan apa=apa yang diarahkan, bukannya berdasarkan semua isi penting dalam petikan.



Setelah membaca petikan tersebut, langkah seterusnya adalah dengan mencari isi-isi penting berdasarkan arahan soalan tadi. Proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan "highlighter" atau "menggaris sahaja frasa atau ayat yang panting" Kerja mencari isi penting mestilah melibatkan pengetahuan membezakan idea utama daripada idea sampingan atau membezakan isi daripada huraian.



Rujuk Soalan PMR 2009 LPM:


Bahagian "A" Ringkasan


Pendahuluan:


Isi-isi:

  1. memupuk unsur pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.

  2. menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas.

  3. memberikan peluang ibu bapa atau ahli keluarga bersama-sama anak semasa belajar.

  4. memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara yang dipelajari anak mereka di sekolah.

  5. merupakan satu daripada usaha memdorong kejayaan pelajar sentiasa belajar dan membuat latihan.

  6. mendorong pelajar untuk menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

  7. membantu pelajar meneroka perkara baru daripada sumber maklumat yang tiada di bilik darjah

  8. membantu pelajar mengisi masa lapang di rumah dengan aktiviti yang berfaedah.







Read more

Tuesday, August 3, 2010

NOVEL RENYAH - KARYA GUNAWAN MAHMOOD

RENYAH

1. Leceh
2. Tidak senang, gelisah, risau, was-was
3. Keras tetapi senang menghancurkan, rapuh



SINOPSIS NOVEL RENYAH

BAB 1

Datuk Dohli bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datin Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang anak perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarga.

BAB 2

Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemunting. Prinsip hidip Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya kerja keras akan membuatnya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

BAB 3

Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali tannggapan peserta seminar tentang modul dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu diruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengah hari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaan.

BAB 4

Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anaknya tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.
BAB 5

Dani dan Ihlam berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani. Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaannya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campur tangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.
BAB 6

Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya juga suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika anak-anaknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas menyatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepintas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.


BAB 7

Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringat Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi megharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.
BAB 8

Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah terpilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah. Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari ( yang membawa kereta ) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapat biaya. Mereka bercerita tentang ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengah-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasi kepada kedua-dua ibu bapanya.
BAB 9

Amera mendapat panggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapatkan ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.


BAB 10

Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelefon dari Kuching memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.

BAB 11

Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham. Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran Datuk Dolhi mererawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi Malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Setelah setahun berkahwin dengan Datin Tominah, Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal dunia. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hasniah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.
BAB 12

Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai tajuk pada malam itu. YB Wahab mempunyai seorang anak berusia dua tahun, manakala isterinya meninggal dunia. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Yong Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rok tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.


BAB 13

Datuk Dohli agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat Datuk Dolhi menginap apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara memberitahu Wahi bahawa Wahi ialah anaknya. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina, Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi ialah ananya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapa bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindak balas daripada ibu tirinya nanti.

BAB 14

Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tender yang dipohonnya tidak dilulus. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivis barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan, Ilhamterus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datin To,inah terkejut.

BAB 15

Albert berbincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungan dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya dapat membesarkan empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anaknya. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambil alih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.
BAB 16

Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambil alih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate ( bapa yuka ) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura ( ibu Wahi ). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.


BAB 17

Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluargannya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.

BAB 18

Kehadiran rombongan daripada Timbalan Menteri mengembiranya Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan Timbalan Menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya iaitu Ustaz Hashim yang pernah tinggal serumah semasa belajar dulu. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayung pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.
BAB 19

Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelefon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti. Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabat pun ditutup. Amera menelefon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelefon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia tersermpak dengan Ilham di London.
BAB 20

Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dia diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekoran peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Band menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21


Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

BAB 22


Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.
BAB 23

Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi renggang.


BAB 24


Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharapagar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.

































































































































Read more

Monday, August 2, 2010

HOMEROOM 5G 2010

PESANAN KEPADA HOMEROOM 5G
Sebagai pelajar, perancangan tentang kerjaya pada masa hadapan perlu kalian rancang sejak dari awal. Apabila perancangan awal dibuat, kalian mempunyai waktu yang banyak untuk menentukan arah aliran pendidikan bagi mencapai cita-cita. Pendidikan di peringkat sekolah rendah banyak memperkenalkan kalian dengan pelbagai perkara baharu, seperti membaca, mengira, menulis dan kemahiran asas bergaul dalam masyarakat.
Sementara pendidikan di peringkat sekolah menengah pula membuka peluang kepada setiap individu untuk lebih bijak merangka asas kerjaya mereka. Pada ketika inilah arah aliran ditentukan oleh kalian berdasarkan minat dan pencapaian akademik yang dicapai terutama selepas PMR.
Selepas PMR kalian boleh memilih aliran yang dikehendaki, seperti aliran sains, sastera, vokasional dan agama. Pemilihan aliran berdasarkan minat, keupayaan diri, dan pencapaian PMR amat penting kerana dapat membentuk kerjaya masa hadapan kalian.
Setelah memilih aliran yang bersesuaian, kalian seharusnya mempunyai matlamat untuk berjaya dalam SPM yang merupakan peperiksaan yang menentukan arah aliran kerjaya seseorang individu. Bagi individu yang hanya berbekalkan pencapaian SPM untuk mencari pekerjaan, mereka tidak banyak mempunyai pilihan dalam menentukan bidang pekerjaan yang diminati.
Corak kerjaya menjadi lebih jelas apabila kalian berjaya menamatkan pendidikan di peringkat tinggi. Kerjaya selepas menamatkan pengajian, terutama di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda, lebih memudahkan pemilihan kerjaya. Contohnya, dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, seseorang itu boleh menjadi seorang pegawai akauntan sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta.
Perkembangan ekonomi dunia hari ini tidak hanya memerlukan sesebuah negara itu memberikan fokus kepada satu bidang semata-mata. Sebaliknya, melibatkan pelbagai bidang agar sesebuah negara itu tidak terlalu bergantung pada sesebuah negara lain untuk mendapat sesuatu produk. Hal ini demikian kerana kenaikan harga bagi satu-satu produk dari negara pengeluar akan memberi kesan kepada negara yang mengimport produk tersebut.
Justeru, kerajaan cuba mempelbagaikan produk negara supaya tidak hanya memberi fokus kepada bidang perindustrian, tetapi turut memberi perhatian terhadap sektor yang lain. Sehubungan dengan hal itu, kerajaan sentiasa menggalakkan graduan agar menyertai bidang pertanian kerana bidang ini mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada individi yang gigih berusaha. Dasar kerajaan bertujuan untuk melahirkan petani moden dan berketerampilan agar mampu mengeksport produk pertanian Malaysia ke luar negara. Dasar ini telah membuka peluang pekerjaan yang banyak bagi individu yang bijak memanfaatkan peluang yang diberi oleh kerajaan.
Selain bidang pertanian, sektor perindustrian juga menawarkan peluang pekerjaan yang cerah. Kerjaya dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, automobil, dan sebagainya menanti kalian. Bidang perindustrian akan terus berkembang dengan pesat kerana bidang ini dikenal pasti antara bidang yang banyak memberikan pendapatan kepada negara dan seterusnya berjaya menaikkan taraf kehidupan rakyat. Perindustrian akan terus berkembang dan menjana pembangunan negara.
Selain itu, bidang perubatan merupakan bidang yang masih mengalami kekurangan sumber tenaga mahir sebagai menampung keperluan negara sejajar dengan nisbah yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ). Bidang ini termasuklah perubatan, farmasi, kejururawatan, dan sebagainya. Keperluan dalam bidang ini semakin mendesak dengan pembinaan pelbagai pusat perubatan kerajaan dan swasta di seluruh negara. Kekurangan tenaga kerja dalam bidang ini juga disebabkan oleh tenaga mahir tempatan berhijrah ke luar negara kerana faktor upah yang lebih tinggi.
Isu dan masalah dalam sistem pendidikan, terutama dalam bidang perubatan, timbul apabila terlalu banyak pelajar yang mendapat keputusan cemerlang yang berminat untuk mengambil jurusan perubatan di IPTA. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa campu tangan untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, kerajaan juga mewajibkan pelajar lulusan ijazah pertama dalam bidang perubatan, farmasi atau pergigian bekerja di sektor awam sekurang-kurang bagi tempoh tiga tahun. Hal ini demikian adalah untuk mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang menyertai bidang perubatan mempunyai peluang yang amat cerah. Hal ini ditambah lagi oleh persepsi masyarakat yang memandang tinggi individu yang bergelar doktor, doktor gigi, atau ahli farmasi.
Pertambahan penduduk menyebabkan negara amat memerlukan individu yang menjadikan bidang perubatan sebagai kerjaya mereka. Bagi kalianyang dalam aliran sains tulin dan bercita-cita ingin menjadi doktor, doktor gigi atau ahli farmasi, syabas diucapkan. TEKUN BERUSAHA PASTI IMPIAN AKAN JADI KENYATAAN.
Untuk pengetahuan kalian, maklumat tentang kerjaya di dalam negara terlalu banyak. Kalian memerlukan inisiatif sendiri untuk mendapat maklumat tentang kerjaya pada masa hadapan. Kalian boleh mendapat khidmat nasihat dan bimbingan daripada guru di sekolah, terutama guru kaunseling. Pemilihan kerjaya perlu disesuaikan dengan minat, kelayakan akademik, budaya dan panduan dari sudut keagamaan. Hal ini amat penting kerana kerjaya akan menentukan arah tuju negara dan kedudukan masyarakat Malaysia pada masa hadapan.
Kita amat bertuah kerana menjadi warganegara Malaysia. Peluang pekerjaan terbuka luas kepada sesiapa yang berusaha ke arah kejayaan. Namun begitu, yang paling penting ialah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Daripada kejayaan tersebut pasti pelajar mampu memilih kerjaya yang dicita-citakan demi menjami masa hadapan yang cemerlang untuk agama, bangsa, dan negara tercinta.







































Read more