Friday, January 21, 2011

Nota Prosa Tradisional Komsas SPM

Sila layari http://tintalidaf.blogspot.com untuk dapatkan nota Prosa Tradisional Hikayat Dua Geliga Hikmat dan Hikayat Langlang Buana dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku.
Read more

Tuesday, January 18, 2011

Prosa Tradisional: Hikayat Upu Daeng Menambun

Prosa Tradisional
( Hikayat Upu Daeng Menambun )

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Bab III

Kisah bermula dengan pelayaran Upu Daeng dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudara. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju.


Bab IV

Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung, Menantu Panembahan Agung Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikam. Upu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin oleh Upu berlima.


Bab V

Upu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.


Bab VI

Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Madura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.


Bab VII

Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerina pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh Pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.


Bab VIII

Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini mengembirakan Sultan Muhammad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak sepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.


Bab IX

Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.


Tema:
  • Kepahlawanan

Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu.


Persoalan:

  1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.

  2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.

  3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

Watak dan Perwatakan:

( i ) Upu Daeng Menambun

  • anak raja
  • mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Chelak.
  • berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
  • dilantik menjadi raja di Mempawah

( ii ) Daeng Parani

  • saudara yang tertua antara lima bersaudara
  • beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
  • mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

( iii ) Daeng Kemasi

  • beristerikan anak Raja Mempawah
  • dilantik menjadi raja di Sambas

( iv ) Daeng Chelak

  • dilantik menjadi raja di Riau
  • berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman

( v ) Daeng Merewah

  • menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
  • berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung

Latar:

Latar Masyarakat

1. Masyarakat feudal

  • Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

2. Masyarakat istana

  • Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.

Latar Tempat

1. Riau

  • Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.

2. Siak

  • Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak.

3. Negeri Matan

  • Contoh: Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.

Latar Masa

1. Tujuh hari tujuh malam.

  • Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.

2. Hari Jumaat.

  • Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar.

Gaya Bahasa:

1. Bahasa Istana.

  • Contoh: Sultan, ayahanda, patih, paduka, dayang-dayang.

2. Bahasa pinjaman bahasa Arab.

  • Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tulisan jawi, Rahmatullah Ta'ala.

3. Kata ganda.

  • Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul.

Nilai:

1. Nilai keberanian.

  • Contoh: Upu Daeng berlima berani menentang musuh.

2. Nilai tolong-menolong.

  • Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

3. Nilai menepati janji.

  • Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta.

4. Nilai kerjasama.

  • Contoh: Upu Baeng lima bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh. Contoh: Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
  2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Contoh: Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.
  3. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan. Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
  4. Kita hendaklah menepati janji. Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantu mendapatkan takhta









Read more

Sunday, January 16, 2011

Prosa Tradisional: Hikayat Siak

Prosa Tradisional
( Hikayat Siak )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis:

Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabal sebagai Yantuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk. Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar olehorang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntuk bela atas kematian ayahandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negeri Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang. rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan "daulat". Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
Tema:
  • Pengembaraan anak raja.

Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangat Dijulang sehingga baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

Persoalan:

  1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.
  2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

Watak dan Perwatakan:

1. Yang Dipertuan Raja Kecik.

  • keturunan Raja Johor.
  • nama asalnya Tuan Bujang.
  • berkahwin dengan Tengku Kamariah.
  • ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
  • Berani. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
  • Gigih. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

Latar:

Latar Masyarakat

  1. Golongan masyarakat feudal. Contohnya, masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
  2. Golongan masyarakat istana. Contohnya, masyarakat yang tinggal di istana.

Latar Masa

  1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.

Latar Tempat

  1. Rawas. Contoh: Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.
  2. Siak. Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.
  3. Johor. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Gaya Bahasa:

1. Penggunaan Bahasa Arab.

  • Contoh: Allah Ta'ala.

2. Penggunaan Bahasa Istana.

  • Contoh: Patik, Baginda, Hulubalang, titah

3. Penggunaan Kata Ganda.

  • Contoh: Kaya-kaya, besar-besar, masing-masing

Nilai:

  1. Nilai kegigihan. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.
  2. Nilai keberanian. Contoh: Yang Dipertuan Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
  3. Nilai ketaatan. Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahui baginda ialah keturunan raja.

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
  2. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.
  3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.

Read more

Thursday, January 13, 2011

Kajian Drama: Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
( Suriani Mohd Yusof )

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.

Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Pemikiran:

Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga ( suami/bapa ) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak

Persoalan:
  1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.

  2. Persoalan sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga.

  3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.

  4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.

  5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

  6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Plot:

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan Plot:

Secara keseluruhannya drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan

  • Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

( ii ) Perkembangan

  • Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.

  • Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke Kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.

( iii ) Konflik

  • Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah ( ibu mereka ) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.

  • Sabariah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.

  • Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.

  • Sabariah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka.

  • Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabariah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja.

( iv ) Klimaks

  • Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.

( v ) Peleraian

  • Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemuan itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.

Teknik Penceritaan:

1. Pemerian

  • Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung ... ( ms 439 )

2. Suspen

  • Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3. Kejutan

  • ... Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? ( ms 434 )

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Jimah

  • isteri Jumaat, berusia 55 tahun
  • seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut
  • sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut

Watak Sampingan

2. Sani

  • Anak angkat Jimah - seorang doktor dan telah beristeri
  • seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut

3. Sabri

  • Anak sulung Jimah
  • mengetuai ahli keluarga
  • penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai

4. Sabariah

  • graduan ekonomi bekerja di London
  • panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan
  • tidak suka akan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak-dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

5. Shahrul

  • Anak ketiga dalam keluarga
  • seorang akauntan di Kuala Lumpur
  • mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai
  • berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir-menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emak

6. Salmah

  • seorang pereka fesyen
  • seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt
  • lebih mementingkan kerjaya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan

7. Wan Malin

  • Isteri Sani
  • Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang

8. Man Bengap

  • Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak Man ketawa
  • Cucu angkat Pak Man

9. Pak Man

  • Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai
  • Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga

10. Mak Jah

  • Isteri Pak Man
  • Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka

11. Wahid dan Senin

  • Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang dihadapi mangsa tsunami
  • Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut

Latar

Latar Masa

  1. Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
  2. Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
  3. Senja, di rumah Jimah

Latar Tempat

  1. Tepi pantai: Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
  2. Rumah Jimah :Semasa Sabariah memarahi Salmah
  3. Anak tangga rumah Jimah: Semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya

Latar Masyarakat

  1. masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
  2. masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
  3. masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing. Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.
  4. masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.
  5. masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa:

1. Diksi

  • Kata pinjaman bahasa Inggeris ( Survey, HQ )

2. Falsafah

  • Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga

3. Simile

  • ... air matanya itu macam anak air mengalir

4. Metafora

  • Ombak susu, gigi ombak

5. Repetisi

  • Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Nilai:

  1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah mengisi kehilangan suaminya berterusan.
  2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.
  3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahi.
  4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.
  5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
  2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.
  3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
  4. Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
  5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.
  6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anak.


Read more

Kajian Drama: Drama 1400

Drama 1400
( Nordin Hassan )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dollah suka berburu. Dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.

Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.

Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
Pemikiran:

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat. Justeru, dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak memperdulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca daripada najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.
Persoalan:
  1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta.

  2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan.

  3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit.

  4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah.

  5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu.

Plot:


Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan


Memperkenalkan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.

( ii ) Perkembangan


Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.

( iii ) Konflik

  • pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya

  • Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemarkan sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung

  • Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang

( iv ) Klimaks


Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya

( v ) Peleraian

Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.

Teknik Plot:

1. Kejutan

  • Dollah bertemu dengan mayat ibunya

  • Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh

2. Suspen

  • Dollah disondol binatang ganjil

3. Pemerian

  • Manusiakah? Jinkah? Jembalangkah ? Apakah dia? Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...

4. Imbas Kembali

Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?

Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

5. Monolog

Dollah: ( Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia dia berkata ) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.

Watak dan Perwatakan:

Watak Utama

1. Dollah

  • Capik, miskin dan dihina masyarakat

  • Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya

  • Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membesarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah.

  • Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.

Watak Sampingan

2. Abu Lahab

  • Broker tanah

  • Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipi orang-orang kampung

3. Pak Sudin

  • Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah

Latar:

1. Latar Masa

  • lewat petang ( sebelum Maghrib ) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
  • Minggu depan - Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau

  • Petang - di surau, Dollah berbual dengan Pak Long

2. Latar Tempat

  • Kampung Kuala dan Kampung Kenanga - tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda
  • Sungai Nenek - airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda

  • Surau - tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji

  • Di rumah pawang - Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

3. Latar Masyarakat

  • masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan

  • masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki

  • masyarakat yang beriman dan taat perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan al-Quran sebagai petunjuk
  • masyarakat yang mementingkan diri. Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah
  • masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka

Gaya Bahasa:

1. Simpulan Bahasa

  • Besar hati, naik kepala, duri dalam daging

2. Repetisi

  • Mereka, merekalah ...

  • Cakap, cakap, cakap, cakap ...

3. Personifikasi

  • Kambing-kambing tersenyum

4. Kata Pinjaman

  • Bahasa Inggeris - Order, secret, you, I

  • Bahasa Arab - Fajar, sidik, hijrah

Nilai:

  • Nilai kesabaran. Contohnya, Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung

  • Nilai tolong-menolong. Contohnya, Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji

  • Nilai menghargai barangan tempatan. Contohnya, Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali

  • Nilai kasih sayang antara suami isteri. Contohnya, Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik

  • Nilai ketaatan. Contohnya, Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dollah semasa mengandung

Pengajaran:

  • Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.

  • Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

  • Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.

  • Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.

  • Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.


Read more

Tuesday, January 11, 2011

Kajian Drama: Drama Dato' Onn

Drama Dato' Onn
( Othman Hj Zainuddin )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis:

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato' Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato' Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato' Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato' Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah kepunyaannya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di sana Dato' Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato' Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato' Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato' Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato' Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tuanku Abdul Rahman. Dato' Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.


Pemikiran:

Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato' Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato' Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato' Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan:
  1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato' Onn yang sanggup hidup susah dan tidak meninggalkan anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
  2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato' Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.

  3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato' Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.

  4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberi kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.

  5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarga dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato' Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.

  6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.

  7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untu memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato' Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato' Onn.
  8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato' Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.

Plot:


Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan


Pada peringkat ini, watak Dato' Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal daripada keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato' Onn juga pernah berkahwin daripadakumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.

( ii ) Perkembangan


Pada bahagian ini, watak Dato' Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya telah dirampas dengan licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan komunia. Dato' Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.

( iii ) Konflik

  • Perkahwinan Dato' Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.

  • Dato' Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memunggut cukai di negeri itu. Akhirnya beliau dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.

  • MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.

  • MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
  • Dato' Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

( iv ) Klimaks

  • Dato' Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan

( v ) Peleraian

  • Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato' Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato' Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tahan air.

Teknik Penceritaan:

( i ) Teknik Pemerian.

Dato' Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kengsaraan hidup di bawah penjajahan.

( ii ) Imbas Kembali.

Tapi semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku...

( iii ) Dialog

Onn: "Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum"


Watak dan Perwatakan


Watak Utama


Dato' Onn b Jaafar

  • seorang reformis dan pemimpin Melayu terulung

  • Menteri Besar

  • Pengasas kemerdekaan

  • seorang yang bertanggungjawab. Dato' Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau

  • seorang yang berani. Beliau sanggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil

Watak Sampingan

Halimah

  • isteri Dato' Onn

  • seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato' Onn mencari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato' Onn diberhentikan kerja

Cik Kah

  • seri panggung

  • penari yang dapat menarik perhatian Dato' Onn

DJ Campbell

  • pegawai Inggeris

  • sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato' Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato' Onn

Dr Burhanuddin

  • pemimpin KMM

  • pengasas parti PAS

  • seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato' Onn lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato' Onn tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.

Latar

Latar Masa

  1. 1927, Dato' Onn menjadi nelayan

  2. 21 Ogos 1945 Dato' Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM

  3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union

  4. 1947 penganugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua

  5. 1951 Dato' Onn berucap

  6. 31 Ogos 1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat

  1. Singapura: Dato' Onn menjadi nelayan

  2. Bukit Pasir, Muar: Dato' Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM

  3. Kuala Lumpur: Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union

  4. Istana Johor: Dato' Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua

  5. Hotel Majestik, KL: Dato' Onn berucap

  6. Bandar Hilir, Melaka: Pengistiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air, contohnya Dato' Onn

  2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan

  3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ Campbell dan Maxwell

  4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM

Gaya Bahasa

( i ) Diksi

Kata Pinjaman ( Bahasa Inggeris )

Contohnya: miss, cabaret, right, club, Johor Spot Club


( ii ) Kata pinjaman ( Bahasa Arab )

Contohnya: Masya- Allah, Insya-Allah


( iii ) Peribahasa

Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai:

  1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya, lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato' Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama
  2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Dato' Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata menuntut kemerdekaan
  3. Nilai bersatu padu. Contohnya, rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato' Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah
  4. Nilai kesetiaan. Contohnya, rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Onn
  5. Nilai menghargai jasa. Contohnya, Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua kepada Dato' Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air
  6. Nilai muafakat. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato' Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan

Pengajaran:

  1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
  2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
  3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
  4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
  5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.
  6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.

Read more

Friday, January 7, 2011

Cerpen: Tanggar Amanat

Cerpen Tanggar Amanat
( Amaruszati Noor Rahim )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:

Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil sedang menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Tema

Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahu mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

Persoalan
  1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.

  2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.

  3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.

  4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa berlaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Plot

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana.

( ii ) Perkembangan

Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.

( iii ) Konflik

Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu.

( iv ) Klimaks

Hawa mula sedar bahawa keselamatan janin lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di Yellowstone.

( v ) Peleraian

Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.

Teknik Plot

1. Pemerian

Contohnya:

..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket ditarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia ...

2. Suspen

Contohnya:

Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar ...

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Hawa

  • keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah

  • seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.

  • seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.

  • seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.

  • Isteri kepada Adam

Watak Sampingan

1. Adam

  • suami Hawa

  • seorang yang penyabar. Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.

  • mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia.

2. Janin

  • generasi ke-8

  • mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.

  • ikhlas memberi pandangan. Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya.

  • mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mempunyai semangat patriotik terhadap tanak tumpah darah ayahnya, Adam.

Latar

Latar Masa:

  1. lapan tahun menunggu zuriat

  2. generasi kelapan Ahmad Abdullah

Latar Tempat:

  1. Yellowstone

  2. Devils Tower

  3. Canyon Village

Latar Masyarakat:

  1. Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan. Contonya Hawa yang menyayangi janinnya.

  2. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga. Contohnya Hawa yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.

  3. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan. Contonya Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.

  4. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan. Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan.

Gaya Bahasa:

  1. Kata ganda, contohnya: tiba-tiba.

  2. Metafora, contohnya: perut bumi.

  3. Hiperbola, contohnya: kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.

  4. Simile, contohnya: lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.

  5. Personifikasi, contohnya: kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.

  6. Kata pinjaman, contohnya: Bahasa Arab ( Kun Fayakun ).

Nilai:

  1. Nilai kasih sayang. Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.

  2. Nilai kesabaran. Contonya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.

  3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

Pengajaran:

  1. kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.

  2. kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.

  3. kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

Read more

Thursday, January 6, 2011

Cerpen: Penanggungan

Penanggungan
( Wijaya Mala )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Tema:

Tanggungjawab pada amanah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan kehidupan masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.

Persoalan:
  1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa suami.

  2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum suami Masnah telah menemui ajal di atas kapak yang diterajuinya.

  3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.

  4. Persoalan keredaan menghadapi kententuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Plot:

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan:

Plot dimulakan dengan memperkenal Kapten Mamat yang sedang berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tiada berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.

( ii ) Perkembangan:

Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenang anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutama isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Anaknya masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandang anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.


( iii ) Konflik:

Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

( iv ) Klimaks:

Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementera waktu.


( v ) Peleraian:

Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah.


Teknik Plot:

  1. Imbas kembali. Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi - terjatuh atas tiang agung ke atas geladak ...
  2. Suspens. Contohnya "Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya."

Watak dan Perwatakan

Watak Utama:

Kapten Mamat

  • bekerja sebagai kapten kapal

  • seorang pesara

  • seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.

  • berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tidak akan disia-siakan.

Watak Sampingan:

1. Masnah

  • janda Baharum

  • mempunyai dua orang anak

  • seorang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.

  • hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat

  • simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.

  • percaya kepada perubatan bomoh. Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar

  • anak Baharum

  • masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap.

Latar

Latar Masa:

  1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.

Latar Tempat:

  1. Rumah Kapten Mamat. Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.

  2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.

  3. Kapal. Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat:

  1. masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.

  2. masyarakat yang bertanggunjawab menjaga kebajikan. Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.

  3. masyarakat yang simpati atas penderitaanorang lain. Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung.

  4. masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

Gaya Bahasa:

  1. kata ganda: tulang-tulang

  2. simpulan bahasa: tulang belakang, mengikat perut

  3. pengulangan kata: yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu

  4. Personifikasi: badannya dihembus angin

  5. simile: jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai:

  1. Nilai simpati: Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.

  2. Nilai kasih sayang: Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.

  3. Nilai berani: Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut

Pengajaran:

  1. kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan sahabat handai, contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

  2. kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

  3. kita mesti menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.







Read more

Wednesday, January 5, 2011

Cerpen: Pahlawan Buntung

Cerpen Pahlawan Buntung

( S. Othman Kelantan )

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Sinopsis:

Pertemuan semula Khalid (aku ) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pak Amat.

Tema:

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Persoalan:
  1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.

  2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.

  3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.

  4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.

  5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.

  6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas.

Plot:

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan

Watak Pak Hussain diperkenal melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.

( ii ) Perkembangan

Dialog antara Pak Hussain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Hussain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.


( iii ) Konflik


Adik beradik Khakid memeluk ibu mereka kerana perasaan takut yang amat sangat. Pak Hussain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Hussain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.

( iv ) Klimaks

Sewaktu Pak Hussain Melarikan dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Hussain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali

( v ) Peleraian


Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Hussain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Hussain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala periatiwa yang menimpa Pak Hussain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Hussain terus terjalin.


Teknik Plot:

1. Pemerian

Ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak...


2. Dialog

"Jemputlah ke rumah kami, kataku. "kami tinggal di Jalan Ayam. Abang dan Adik kebetulan ada."

"Terima kasih Khalid!" Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.


3. Suspen


Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tertinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Hussain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Hussain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung...


4. Imbas kembali


... usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Hussain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya...


Latar


Latar Masa:

  • 30 tahun lalu ( situasi perang )
  • Tahun 1941 - 1973

  • semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan

  • semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat:

  • Kampung Pulau Pak Amat

  • Kampung Tok Lukup

  • Sungai Gali

  • Kampung Dal

  • Jalan Bayam

Latar Masyarakat:

  • masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat

  • masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan

  • masyarakat yang hormat-menghormati sesama jiran

  • masyarakat yang setia kawan dalam memberi pertolongan

Watak dan Perwatakan

Watak Utama:

Pak Hussain

  • berusia 60 tahun

  • dahinya berparut dan kakinya kudung ( terkena serpihan bom )

  • berpakaian sederhana ( keperibadian desa - suci murni )

  • mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampun Pulau Pak Amat.

  • berpengalaman dan pernah disiksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau-racau.

  • berjasa kepada orang-orang kampung. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak Hussain juga pernah membedil kawasan perompak bagi menyelamatkan orang kampung.

Watak Sampingan

1. Khalid ( aku )

  • Anak Pak Hasan

  • menghormati Pak Hussain. Khalid begitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampung.

2. Fatimah

  • ibu Khalid

  • seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa

  1. Kata ganda. Contoh: berjabu-jabu.

  2. Metafora. Contoh: gebar kebingungan

  3. Hiperbola. Contoh: diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putua asa

  4. Personifikasi. Contoh: ombak pagi yang malas

Nilai

  1. Nialai keberanian. Contohnya Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun.

  2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

  3. Nilai kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah.

  4. Nilai Patriotik. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran:

  1. kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air kita sendiri.

  2. kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

  3. kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.

  4. kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

Read more

Tuesday, January 4, 2011

Cerpen: Idola

Cerpen Idola
( Zaen Kasturi )
Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Tema:

Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.


Persoalan:
  1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil.

  2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.

  3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

  4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenar.

Plot:

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan


Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.


( ii ) Perkembangan


Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pemetasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pemetasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupun anak lelakinya sudah menjelang remaja.


( iii ) Konflik


Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.


( iv ) Klimaks


Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pemetasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekali gus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.


( v ) Peleraian


Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepas amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.



Teknik Plot:


1. Pemerian

Jam di belakang pentas berdetang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingkas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu ...


2. Monolog

"aku ...aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri," bisik si penjaga panggung kepada diri sendiri, antara dengan tidak.


3. Dialog

"Err... tidak,"

"Bercakap benarlah saudara."

Err... ya ...ya..."


4. Suspen

Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Si Penjaga Panggung

  • Bekerja sebagai penjaga panggung

  • Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak

  • Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Penjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero

Watak Sampingan

1. Si Hero

  • suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.

  • seorang pelakon yang memegang watak utama ( hero )

  • berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.

2. Isteri Penjaga Panggung

  • berfikir terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.

  • mempunyai 10 orang anak.

Latar:


Latar Masa:

  1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.

  2. Waktu pemetasan sandiwara, contohnya pemetasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat:

  1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.

  2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat:

  1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan. contohnyanya hero yang menjadi pelakon pentas.

  2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.

  3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.

  4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi hero.

Gaya Bahasa:

  1. Kata Ganda. Contohnya: Putera-puteri

  2. Metafora. Contohnya: kawah lupa diri

  3. Simpulan bahasa. Contohnya: merendah diri

  4. Hiperbola. Contohnya: suaranya bak halilintar

  5. Personifikasi. Contohnya: kerusi-kerusi tetap kaku

  6. Falsafah. Contohnya: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak.

Nilai:

  1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonan.

  2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

  3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin dan tinggal di kawasan setinggan.

Pengajaran:

  1. kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contonya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

  2. seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Contohnya isteri Si Penjaga Panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagung-agungkan hero.

  3. seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Contohnya isteri Si Penjaga Panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.


Read more

Monday, January 3, 2011

Cerpen: Hutan Rimba

Cerpen Hutan Rimba
( Sasjira )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema:
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.
Persoalan:
  1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

  2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah.

  3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.

  4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

Plot:

Secara keseluruhan cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

( i ) Permulaan

Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluarkan asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.


( ii ) Perkembangan

Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan.

( iii ) Konflik

Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah hutan belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.

( iv ) Klimaks

Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rancangan mereka adik-beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.

( v ) Peleraian

Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cucunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.

Watak dan Perwatakan:

Watak Utama

Pak Tua

  • pemandu jentolak jenama Caterpillar.


  • seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga, Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.


  • berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagai pengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.


  • bangga dengan kejayaan anak-anak. Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerja yang baik.


  • bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.


  • kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak Sampingan:

Mak Tua

  • isteri Pak Tua.

  • tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara.

  • pandai memasak. Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.

  • pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan mengormati kedua orang tua mereka.

Ajam

  • anak sulung Pak Tua.

  • seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota.

  • mahir dalam selok-belok dunia perniagaan.
  • gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

  • berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan.

Bakar

  • anak Pak Tua.

  • berkelulusan Sarjana Pertanian.

  • pengurus ladang estet kelapa sawit.

Melati

  • anak ketiga Pak Tua.

  • pensyarah IPT.

Budi

  • anak bongsu Pak Tua.

  • seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Latar:

Latar Masa:

  1. 3o tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.

  2. Malam jumaat. Majmils bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat:

  1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua.

  2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan.

  3. Sungai Kinabatangan, Sabah.

Latar Masyarakat:

  1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing. Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarga.

  2. Masyarakat beriman ..., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.

  3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan pendidikan baru. Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi.

  4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan. Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

Teknik Penulisan:

1. Pemerian :


Contohnya:


Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau, dan kijang. Namun ada yang tidak sempat menyelamatkan diri.


2. Dialog :

Contohnya:

"Bapa telah melestarikan harta warisan alam." Bakar mencelah kagum.

"Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu."...


3. Imbas Kembali:

Contohnya:

Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu. Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori ...

4. Suspen:

Contohnya:

"Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba." Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam...

Gaya Bahasa:

  1. Kata ganda. Contohnya: pohon-pohon

  2. Metafora. Contohnya: hutan dara, busana hijau.

  3. Hiperbola. Contohnya: ... jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan.

  4. Personifikasi. Contohnya: bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana.

  5. Repitisi. Contohnya: Dia menangis kini. Dia menangis setelah ...

  6. Paradoks. Contohnya: ... kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran.

Nilai:

  1. Nilai tanggungjawab. Contonya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.

  2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

  3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga.

  4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

Pengajaran:

  1. kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.

  2. kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik -beradik. Contohnya anak-anak Pak Tua sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

  3. kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Contohnya Pak Tua begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

  4. kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Contohnya Pak Tua sangat rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.






Read more