Thursday, March 17, 2011

Gurindam Tonggak Dua Belas

Puisi Tradisional
( Gurindam Tonggak Dua Belas )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Apabila kita seronok bekerja, hidup hidup kita akan lebih gembira.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Peribadi unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.
Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Kebolehan diri yang perlu ditonjolkan sebagai motivasi.
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
Tema:
  • Nilai-nilai murni dalam kehidupan ( Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang )

Persoalan:

  1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( R1 )
  2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( R2 )
  3. Persoalan kepimpinan melalui teladan ( R7 )
  4. Persoalan pemikiran tenang dalam membuat keputusan ( R10 )
  5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif ( R12 )

Bentuk:

1. Mempunyai 12 rangkap.

2. Setiap rangkap mempunyai 2 baris.

Contoh:

Hendak pandai menghargai masa,

Jangan dinanti esok lusa.

3. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata sebaris.

  • Ja/ngan di/nanti e/sok lu/sa - ( 9 suku kata sebaris )
  • Hi/ dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an - ( 14 suku kata sebaris )

4. Rima akhir aa

Contoh:

Nikmat mencipta budaya kreatif,

Kembangkan bakat semoga aktif.

Gaya Bahasa:

1. Simpulan Bahasa - baik hati ( R6 b1 )

2. Unsur bunyi

Asonansi - pengulangan vokal 'a'

kekuatan sifat baik hati (R6 b1)

Nikmat mencipta budaya kreatif (R12 b1)

Aliterasi - pengulangan konsonan 'n'

Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (R4 b2)

Nilai:

1. Nilai kegigihan.

  • Kegigihan apabila bekerja

2. Nilai kebijaksanaan.

  • Kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab

3. Nilai kesederhanaan.

  • Kesederhanaan dalam kehidupan

4. Nilai kesabaran.

  • Kesabaran menghadapi cabaran

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
  2. Kita hendaklah menhgargai masa
  3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
  4. Kita janganlah suka membazir
  5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan

Read more

Sunday, March 13, 2011

Keputusan SPM 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2010 AKAN DIUMUMKAN 23 MAC 2011 ( RABU ) HARAP MAKLUM
Read more

Seloka Si Luncai

Puisi Tradisional
( Seloka Si Luncai )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternak tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Maksud:
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya, Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.
Tema:
Sikap negatif menyebabkan kerugian.
Persoalan:
  1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian.
  2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
  3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.

Bentuk:

1. Mempunyai satu rangkap sahaja.

2. Mempunyai 12 baris.

3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.

  • biarkan, biarkan ...! ( 2 perkataan - baris 11 )
  • Ada kuat tiada buat ( 4 perkataan - baris 10 )
  • Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ( 5 perkataan - baris 1 )

Gaya Bahasa:

1. Anafora

  • Ada rumah tidak dijaga,
  • Ada anak tidak dilatih

2. Repitisi

  • Biarkan ...biarkan

3. Unsur bunyi

  • Asonansi - Ada mata tiada kuasa ( baris 9 ) Perulangan vokal 'a'
  • Aliterasi - Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya ( baris 12 ) perulangan konsonan 'n'

Nilai:

1. Nilai bertanggungjawab

  • Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

2. Nilai kebijaksanaan

  • Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
  2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
  3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.

Read more

Saturday, March 12, 2011

SELOKA SI LUNCAI

Read more