WATAK
SAMPINGAN
Apabila membicarakan watak sampingan , hal ini bukanlah
bermakna peranannya tidak penting seperti watak utama. Sebenarnya setiap watak
yang dimunculkan itu adalah penting dan
berfungsi, serta turut mengembangkan
plot atau alur cerita sesebuah
novel. Secara langsung pula, watak sampingan turut berkait dengan watak-watak yang lain. Perwatakan watak utama tidak
akan berkembang dengan wajar sekiranya tidak berinteraksi dengan watak-watak
sampingan. Yang paling dominan dan yang membezakan antara watak
utama dan watak sampingan ialah lazimnya watak sampingan jarang-jarang
dipertentangkan dengan konflik yang besar seperti yang dihadapi dan dialami
oleh watak utama.
Oleh hal yang demikian , sama ada pembaca sedar atau
tidak, setiap novel pasti mengandungi banyak watak sampingan yang ditampilkan oleh pengarang. Watak-watak
ini juga lazimnya tidak muncul dalam keseluruhan cerita, tetapi ditimbulkan
sekali-sekala sahaja oleh pengarang. Watak jenis ini dikemukakan oleh pengarang
sama ada secara langsung atau secara tidak langsung
WATAKL SAMPINGAN DALAM
NOVEL LESTARI
BUKIT MENGHIJAU
Lestari
Bukit
Menghijau
|
Pak Tua
|
·
Pemurah – Pak Tua mewakafkan
Bukit Bintagor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
·
Berpengetahuan
luas
– Beliau mempunyai luas tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan
nyamuk dan keguinaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.
|
Cikgu Idham
|
·
Bersikap terbuka – Cikgu Idham mempunyai sikap
terbuka kerana mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong
membersihkan kampong serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
·
Berfikiran Kreatif – Beliau kreatif dengan
mencetuskan idea untuk menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek
sekolah lestari.
|
Contoh Soalan
Jawapan anda
hendaklah berdasarkan satu daripada
novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
i)
Wira Persona Avatari oleh Ahmad Zaki Abu Bakar
ii)
Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii)
Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Ibrahim
iv)
Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga
perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.
No comments:
Post a Comment