SULIT
02/2 (PP)
Bahagian
B : Karangan Berdasarkan
Bahan Rangsangan
( 20 markah )
Kriteria
Penskoran
PERINGKAT
|
MARKAH
|
DISKRIPSI
|
Cemerlang
|
16 – 20
( atas )
( 18 – 20 )
( bawah )
( 16 – 17 )
|
- Penggunaan kata
dan ayat yang gramatis.
- Penggunaan kosa kata yang
luas dan tepat.
- Ejaan dan tanda
baca yang betul.
- Terdapat kesalahan
yang minimum dalam penggunaan kata.
- Idea yang relevan
berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran
seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan sesuai dan berkembang.
- Pengolahan menarik
dan berkesan.
|
Baik
|
11 – 15
( atas )
( 13 – 15 )
( bawah )
( 11 – 12 )
|
- Penggunaan kata
dan ayat masih gramatis.
- Penggunaan kosa kata
yang tepat.
- Terdapat kesalahan yang
minimum dalam penggunaan kata,
frasa dan ayat.
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca
yang minimum.
- Idea masih
relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran
seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan kurang dikembangkan.
- Pengolahan menarik.
|
Memuaskan
|
06 – 10
( atas )
( 08 – 10 )
( bawah )
( 06 – 07 )
|
- Penggunaan kata
dan ayat kurang gramatis.
- Penggunaan kosa kata yang
terhad.
- Terdapat kesalahan
yang ketara dalam penggunaan kata, frasa
dan ayat.
- Kesalahan ejaan dan
tanda baca yang ketara.
- Idea kurang
relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran
seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan terhad.
- Pengolahan tidak
menarik.
|
Penguasaan Minimum
|
01 – 05
|
- Keseluruhan
jawapan calon menggambarkan penguasaan
bahasa yang tidak cekap.
- Idea kabur
/ tidak berkaitan dengan tugasan.
|
Fadil Bin Hj,
Ismail , MRSM K.Krai
PANDUAN PENULISAN KARANGAN
CEMERLANG
Panduan
Penulisan Karangan Cemerlang.
Karangan
merupakan satu daripada bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (
BM ) sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. Kegagalan pelajar
menghasilkan karangan yang bermutu sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka
dalam BM. Meskipun bentuk soalan dan panjang pendek karangan ada perbezaannya
antara satu peringkat dengan peringkat yang lain, cara penghasilannya tidak
banyak berbeza.
Berdasarkan soalan PMR
yang terkini, karangan dimasukkan dalam kertas 2 BM. Pelajar dikehendaki
menulis dua buah karangan. Dalam bahagian B, pelajar dikemukakan satu bahan
rangsangan, misalnya gambar: foto, gambar tunggal, gambar bersiri, jadual,
carta, graf. Poster, dan lain-lain. Panjang karangan anda bahagian ini
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Markah untuk karangan ini
ialah 20 dan pelajar dicadangkan menyiapkannya dalam masa 25 minit.
Karangan untuk bahagian ini berkehendakkan pelajar mengemukakan pendapat
tentang bahan rangsangan yang dikemukakan. Perhatikanlah contoh yang berikut.
Lihat gambar
di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca. Panjang huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Berdasarkan
soalan di atas, pelajar bebas mengemukakan pendapat tentang amalan membaca.
Pelajar boleh mengemukakan pendapat berdasarkan skop yang berikut, iaitu:
a. mengemukakan pendapat tentang faedah membaca.
b. menjelaskan usaha-usaha untuk meningkatkan minat membaca.
c. memperkatakan sikap rakyat kita tentang amalan membaca.
d. membincangkan faedah dan usaha meningkatkan minat membaca.
Pelajar boleh menulis karangan berdasarkan mana-mana skop
di atas. Seperti kebiasaan, pelajar hendaklah membuat rangka karangan terlebih
dahulu sebelum menulis. Yang berikut dikemukakan contoh rangka karangan bagi
skop (a) di atas, iaitu pendapat tentang faedah membaca.
No comments:
Post a Comment