Wednesday, July 28, 2010

Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan Karangan

SILA BACA DAN AMBIL PERHATIAN
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh calon peperiksaan sama ada PMR dan SPM. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan tatabahasa. Kesalahan yang terkumpul amat menjejaskan markah keseluruhan. Apatah lagi jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dikategorikan sebagai serius seperti di bawah:
  • Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana: Namun, Tetapi, Malah, Manakala

Sepatutnya: Akan tetapi, Namun begitu, ( Penanda Wacana )

.... manakala ...., ......malah... ( ditulis untuk dua ayat )

  • Ayat tergantung. ( .Bak kata pepatah ... ) ditulis pada awal ayat.

Sepatutnya: ..... bak kata pepatah ..... ( ditulis sebagai sambungan ayat )

  • Kesalahan ejaan. ...... bah kata peribaha melayu ......

Sepatutnya: ..... bak kata peribahasa Melayu ..... ( bah membawa maksud 'banjir'

  • Memberi kasih sayang. ......

Sepatutnya: memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja 'memberikan' perlu diikuti oleh tidak bernyawa manakala 'memberi' diikuti objek bernyawa.

  • Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan... , Ini kerana .... ,

Sepatutnya: Hal / Perkara ini menunjukkan.... , Hal ini demikian kerana .... ,

  • Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. .....mempunyai banyak pilihan ... 'banyak' bukannya objek. 'banyak ' ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama.

Sepatutnya: ..... mempunyai pilihan yang banyak / banyak mempunyai pilihan

  • Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' digunakan sesuka hati. ialah' perlu diikuti kata nama. 'adalah' perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

  • Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata kata sendi nama pada kata pemeri 'adalah'.

Sebagai contohnya: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang ..... sepatutnya .... adalah dengan menguatkuasakan .... / adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ... antara kata sendi nama yang dapat digunakan ( adalah untuk, adalah dengan, adalah melalui, adalah seperti )

  • Bentuk lewah.

Sebagai contohnya: Antara faktor-faktor ...., sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah .... sepatutnya ..... Pelbagai langkah .....

  • Kesalahan Hukum D-M.

Sebagai contohnya: dan lain-lain lagi, sepatutnya .... aktiviti-aktiviti lain. ( berdasarkan perkara yang dibincangkan )

  • Penggunaan kata ganti diri ketiga "ia" untuk benda atau perkara.

Sebagai contohnya: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. "ia" sepatutnya digantikan dengan SUBJEK PERBINCANGAN iaitu, kempen.

Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ...

  • Masih terdapat calon peperiksaan yang masih menulis .... dikalangan ...

SEPATUTNYA: "dalam kalangan". Kata Sendi "di" berfungsi untuk menunjukkan arah

  • Pada masa kini ...

SEPATUTNYA: Pada masa ini, atau Kini.

  • Kesalahan penanda wacana. Selain daripada itu / Selain dari itu

SEPATUTNYA: Selain daripada itu, ..... Sepatutnya... Selain itu, ...... Sehubungan itu, ...... sepatutnya ..... Sehubungan dengan itu, .......

  • oleh kerana .......

SEPATUTNYA: oleh sebab ......

  • Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh: .... di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ..... sepatutnya kata-kata tersebut diganti dengan kata-kata lain yang sesuai.

SEPATUTNYA: apa - ( perkara/hal ), bagaimana - ( cara/langkah/ ), siapa - ( orang / individu ), di mana ( tempat ) / yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai. Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda (?).

  • Kesalahan pengejaan kata majmuk. SEBAGAI CONTOHNYA: Ibu bapa ...... sepatutnya ....... ibu bapa, semulajadi ..... sepatutnya semula jadi.

  • Kesalahan kata hubung "tambahan pula" pada pangkal perenggan. "tambahan pula" TIDAK DIGUNA UNTUK ISI BAHARU.

KESIMPULANNYA: Calon peperiksaan perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dituntut. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran PERLU DIASAH dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

No comments:

Post a Comment