Thursday, November 18, 2010

TELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG

Read more

Friday, October 29, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2

  • Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 ( 2010 )

Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2/ 2010 khusus kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 MRSM KUALA KRAI 2010. Semoga Berjaya.

Read more

Monday, October 18, 2010

Lagu Puisi SAJAK- Harga Remaja ( KOMSAS Tg 4 )

Read more

Friday, October 1, 2010

Khas Buat Putera Puteri Ting. 3 MRSM Kuala Krai

Khas Buat Putera Puteri Tingkatan 3 MRSM KUALA KRAI. Selalulah ingat segala pesanan guru-guru anda dan kerap memohon ketenangan dan keberkatan daripada-Nya untuk menempuh PEPERIKSAAN PMR yang kini hanya tinggal 24 jam sahaja lagi. Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan tenang dan yakin dan rebutlah peluang KEEMASAAN ini. Jangan takut kepada kegagalan kerana KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA ANDA TIDAK BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH. KEGAGALAN ITU BERMAKNA ANDA PERLU MENGAMBIL MASA YANG LEBIH LAMA UNTUK BERJAYA.












Read more

PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN NOVEL PMR

Satu lagi aspek Komsas yang perlu dikuasai pelajar ialah genre novel yang terdiri daripada tiga buah novel terpilih mengikut zon yang ditetapkan dan dipelajari dalam tempoh tiga tahun. Pelajar biasanya dikehendaki menjawab soalan berdasarkan sama ada satu daripada mana-mana tiga buah novel yang dipelajari ataupun pelajar boleh diuji untuk menjawab berdasarkan mana-mana dua daripada tiga buah novel yang dipelajari.
Sebagai persediaan untuk membantu pelajar menjawab soalan yang meminta perbandingan ketiga-tiga buah novel itu, anda bolehlah klik TEKNIK PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN NOVEL untuk mendapat sedikit gambaran dan banyakkanlah persediaan lain yang difikirkan sesuai. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan pelajar perlu menjawab menggunakan ayat yang gramatis. Selain itu, pelajar harus mengemukakan pernyataan yang betul dengan huraian atau contoh yang tepat bagi setiap isi yang dikemukakan sebagai contoh soalan yang meminta pelajar memperjelas satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat.
Pernyataan bagi latar masyarakat yang terdapat dalam novel Anak Din Biola misalnya ialah masyarakat yang prihatin dan cakna terhadap kebajikan anak-anak yatim. Contoh peristiwanya ialah Pak Jais sebagai penguasa Rumah Bonda sangat prihatin akan anak-anak yatim di bawah jagaannya. Elakkan daripada menjawab dalam bentuk poin kerana markah bahasa akan ditolak jika pelajar berbuat demikian.
Read more

Friday, September 24, 2010

MEMAHAMI POLISEMI DALAM PEPERIKSAAN PMR

Kategori : Tatabahasa PMR



Dalam pertuturan sehari-hari, kita sering terdengar kata-kata yang mempunyai pelbagai makna. Hal ini demikian kerana sesuatu makna bukan sahaja membawa makna seperti yang terdapat dalam kamus semata-mata, tetapi dilihat juga dalam konteks penggunaannya. Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa banyak perkataan yang mempunyai makna yang pelbagai. Misalnya, perkataan badan yang mendukung makna tubuh, luka membawa makna cedera dan boleh juga membawa maksud tersinggung. Perkataan Beradu yang bermakna tidur boleh juga membawa maksud berlawan atau bertanding. Makna yang pelbagai atau disebut polisemi dalam kajian semantik merujuk kepada sesuatu perkataan atau frasa yang mendukung dua atau lebih makna yang berbeza-beza. Perkataan yang polisemi adalah serupa dari segi bentuk dan ejaan tetapi berbeza makna berdasarkan konteks yang berlainan.
Konteks sememangnya sangat nyata boleh menentukan makna sesuatu perkataan atau sesuatu ujaran. Konteks dibahagikan kepada dua, iaitu konteks ayat dan konteks situasi atau disebut juga sebagai latar ujaran. Ada tiga perkara yang terlibat dalam konteks situasi:
  1. Orang yang mengambil bahagian dalam pertuturan.
  2. Tajuk atau perkara yang diperkatakan.
  3. Kesan daripada pertuturan tersebut.

Dalam masyarakat Melayu, seorang anak tidak boleh menggunakan perkataan "aku" atau "engkau" apabila bertutur dengan ibu bapa kerana perbuatan ini dianggap membawa konotasi yang tidak sopan. Tetapi perkataan "aku" dan "engkau" membawa konotasi kemesraan apabila digunakan semasa bertutur dengan kawan rapat.

Tajuk perbincangan atau perkara yang diperkatakan juga dianggap sebagai satu daripada aspek penting dalam konteks situasi. Sebagai contoh, perkataan "pasang". Kalau dikait dengan tajuk "keadaan sungai", perkataan itu membawa pengertian "air naik atau pasang", tetapi kalau dibincangkan dalam konteks tatabahasa, perkataan ini berfungsi sebagai "penjodoh bilangan".

Ayat ialah unsur bahasa yang penting dalam penentuan makna sesuatu perkataan. Sesuatu perkataan mungkin berubah terus maknanya sekiranya digunakan dalam konteks ayat yang berlainan atau mungkin juga hanya mengalami perbezaan makna yang kecil sahaja.

Oleh itu, untuk MENJAWAB SOALAN No 15 HINGGA 17 Kertas 1 PMR yang menguji kata banyak makna iaitu POLISEMI dalam bahasa MELAYU, pelajar harus selalu berdampingan dengan KAMUS.

Untuk mendapat latihan Ujian Polisemi dalam Kertas 1 PMR Sila Klik dan berbincanglah jawapan dengan GURU BM anda.



Read more

Thursday, September 16, 2010

AMALAN MEMBACA

Bank : Penulisan PMR


Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.







Berdasarkan soalan di atas, pelajar bebas mengemukakan pendapat tentang amalan membaca. Pelajar boleh mengemukakan pendapat berdasarkan skop yang berikut iaitu:


a. mengemukakan pendapat tentang faedah membaca.


b. menjelaskan usaha-usaha untuk meningkatkan minat membaca.


c. memperkatakan sikap rakyat negara kita tentang amalan membaca, atau


d. membincangkan faedah dan usaha meningkatkan minat membaca.



Pelajar boleh menulis karangan berdasarkan mana-mana skop di atas. Seperti kebiasaan pelajar hendaklah membuat rangka karangan terlebih dahulu sebelum menulis. Yang berikut dikemukakan contoh rangka karangan bagi skop (a) di atas, iaitu pendapat tentang faedah membaca.



Rangka


Pendahuluan

  • Membaca penting kerana banyak faedahnya

Isi karangan

  • Menambah maklumat - tahu perkembangan semasa - tidak seperti katak di bawah tempurung.

  • Menambah kosa kata dan gaya bahasa - cemerlang dalam pelajaran.

  • Mengisi masa lapang secara berfaedah - "masa itu emas".

Penutup

  • Membaca perlu dijadikan budaya untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.


Berdasarkan rangka di atas, sila kilik untuk mendapatkan contoh karangan yang dianggap cemerlang tahap PMR kerana penulisnya dapat:

  1. mengemukakan dan menghuraikan isi karangan dengan tepat.
  2. benar-benar memahami konsep huraian isi karangan iaitu menjawab soalan "bagaimana" dan "mengapa".
  3. memanfaatkan peribahasa untuk menjadikan persembahan menarik.
  4. karangan bebas daripada kesalahan bahasa.
  5. ayat gramatis tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan.
  6. karangan ini mencakupi kosa kata luas dan tepat.




Read more

Tuesday, September 14, 2010

KAEDAH MERINGKAS KARANGAN PMR

Soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 PMR mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A menawarkan 30 markah kepada calon peperiksaan yang merangkumi dua pecahan soalan yang jelas, iaitu:
  • Soalan A (i) MERINGKAS KARANGAN dengan markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.
  • Soalan A (ii) PEMAHAMAN dengan peruntukan markah sebanyak 10 markah

Secara keseluruhannya, bahagian A merupakan bahagian yang bersifat paling mesra dengan calon. Soalan pada bahagian ini memberikan ruang yang cukup luas kepada calon untuk memperoleh markah pada kadar yang baik , terutama kepada pelajar yang tergolong dalam kumpulan lemah.

Oleh sebab itu, soalan Bahagian A, khususnya soalan A(i) dianggap sebagai soalan bantu lulus kepada kumpulan pelajar lemah. Hal ini demikian kerana sifat kehendak soalannya yang mudah dikesan oleh calon peperiksaan. Untuk mendapat pemahaman secara jelas tentang kehendak soalan SILA KLIK pautan yang disediakan.

Read more

Wednesday, September 8, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA



Suara Takbir

Dengar beduk berbunyi

Sayup bergema di subuh sunyi

Memanggil kepada muslimin

Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut

Terdengar sayup memecah sunyi

Memohon restu dengan bakti

Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir

Memuji nama Illahi

Rasa dalam kalbu

Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya

Hati gembira di hari raya

Bertemu sanak dan saudara

Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Read more

Bank SPM: Karangan Bhg A

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN merupakan karangan pendek, iaitu karangan yang panjangnya sekitar 200 hingga 250 patah perkataan, berdasarkan maklumat atau pembayang yang diberikan. Bahan grafik, gambar kartun, gambar foto, bahan prosa dan sebagainya dapat dijadikan bahan rangsangan untuk membimbing calon SPM untuk menghasilkan karangan pendek.
Walau bagaimanapun karangan berdasarkan bahan rangsangan perlu sekurang-kurangnya terdiri daripada lima perenggan, iaitu pengenalan, tiga isi dan kesimpulan. Pengenalan dan kesimpulan karangan jenis ini ditulis lebih kurang tiga ayat, panjang setiap isi pula dalam lingkungan lima hingga enam ayat. Oleh sebab 30 markah diperuntukkan, calon dinasihati agar menggunakan masa tidak melebihi 45 minit untuk menjawab soalan. Sebaik-baiknya calon menggunakan 10 minit untuk mentafsir dan merangka isi, 30 minit menulis atau mengedit, dan lima minit untuk menyemak karangan.
Untuk menghasilkan karangan berdasarkan bahan rangsangan yang baik, karangan yang dihasilkan hendaklah menepati tema atau kehendak soalan yang digambarkan dalam PENANDA TUGASAN. Isi karangan pula perlu dihuraikan dengan paparan fikiran yang jelas dan matang, sesuai dengan isu atau tema yang diketengahkan dalam soalan. Bahasa yang digunakan hendaklah gramatis dari segi penggunaan kata dan ayat. Dengan kata lain, calon patut menggunakan kosa kata yang mencerminkan mutu bahasa peringkat SPM serta menguasai struktur ayat, jenis ayat dan ragam ayat bahasa Melayu dengan baik.
Selain itu, karangan calon hendaklah bebas daripada kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca mestilah tepat. Untuk menjalin idea dengan baik, calon hendaklah memaparkan keupayaan penggunaan penanda wacana dan kata hubung dengan betul di tempat yang sesuai. Gaya bahasa penulisan calon perlu dititikberatkan dengan menyelit peribahasa Melayu, seperti simpulan bahasa, pepatah, bidalan, dan perumpamaan, atau kata-kata hikmat, cogan kata yang sesuai dengan konteks isi yang disentuh. Bagi calon yang arif dalam agama, ayat daripada kitab suci boleh dipetik untuk mengukuhkan hujah yang ingin disampaikan.
Bagi calon yang akan menduduki SPM silalah muat turun di sini untuk melihat contoh karangan Kertas 1 Bahagian A berdasarkan bahan rangsangan.
Read more

Monday, September 6, 2010

Prosa Tradisional Ting 1 Budi Baik Seorang Bapa Angkat

Kemangkatan Tuanku Si helang Laut dan Permaisurinya di Bandar Mengkalih menyebabkan anaknya awang Sulung Merah Muda dipelihara oleh Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjung. Kemudian Awang Sulung dihantar mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Awang dapat membaca hingga khatam pada malam ketujuh. Seterusnya Awang Sulung diajar ilmu bahasa akal dan bahasa Arab di rumah Tuan Malik Kecil. Dalam masa yang singkat sahaja Awang Sulung dapat menguasai ilmu yang dipelajarinya.
Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh bapa saudara yang memeliharanya, Datuk Batin Alam. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang. Setelah sembuh daripada khatan, tukang mengasah gigi dipanggil ke istana. Baja kayu disapu ke gigi Awang Sulung menjadikan sesiapa yang terpandang Awang Sulung akan terpikat.
NILAI MURNI
  • Kasih sayang

Contohnya: Datuk Batin Alam amat mengasihi anak saudaranya Awang Sulung Merah Muda menyebabkan perhatian dan segala ilmu diberikan kepada kanak-kanak itu.

  • Tanggungjawab

Contohnya: Datuk Batin Alam memberikan pendidikan hal berkaitan dunia dan akhirat kepada Awang Sulung Merah Muda.

  • Ketaatan

Contohnya: Awang Sulung Merah Muda taat kepada arahan bapa saudaranya kerana dia mengetahui tindakan bapa saudaranya untuk kebaikannya juga.

PENGAJARAN

  • Kita perlu bertanggungjawab terhadap saudara yang terdekat

Contohnya: Datuk Batin Alam mengambil keputusan memelihara Awang Sulung Merah Muda setelah kedua-dua orang tua kanak-kanak itu meninggal dunia.

  • Kita hendaklah memberi ilmu yang secukupnya kepada anak-anak

Contohnya: Datuk Batin Alam memberi ilmu dalam hal berkaitan dunia dan akhirat kepada anak angkatnya, Awang Sulung Merah Muda.

  • Kita hendaklah patuh kepada kedua-dua orang yang lebih tua

Contohnya: Awang Sulung Merah Muda patuh setiap arahan dan nasihat bapa angkatnya, Datuk Batin Alam

Read more

KOLEKSI COGAN KATA

  1. Bahasa Jiwa Bangsa
  2. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
  3. Membaca Jambatan Ilmu
  4. Membaca Sepanjang Hayat
  5. Guru Pembina Negara Bangsa
  6. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang
  7. Belia Benci Dadah
  8. Belilah Barangan Buatan Malaysia
  9. Biar Lambat Asal Selamat
  10. Cegah Sebelum Parah
  11. Belia Benci Dadah
  12. Dadah Musuh Negara
  13. Dadah Musuh Nombor 1
  14. Bersih Cekap Amanah
  15. Kepimpinan Melalui Teladan
  16. Keranamu Malaysia
  17. Malaysia Boleh
  18. Generasi Muda Wawasan Bangsa
  19. Genarasi Muda Peneraju Wawasan
  20. Filem Kita Wajah Kita
  21. Indah Budi Kerana Bahasa
  22. Remaja Penggerak Wawasan
  23. Rumahku Syurgaku
  24. Semakin Hari Semakin Sayang
  25. Sihat Sepanjang Hayat
  26. Sayangilah Sungai Kita
  27. Fikir Dahulu Sebelum Buang
  28. Utamakan Kesihatan
  29. Tak Nak Merokok
  30. Satu Malaysia
Read more

Saturday, September 4, 2010

PENDAPAT TOKOH

PENDAPAT TOKOH ( RUJUKAN TOKOH ) AMAT DIGALAKKAN UNTUK DIGUNA DALAM PENULISAN KARANGAN.
Persoalannya, Mampukah pelajar mengingati semua pendapat tokoh ini? Di sinilah pelajar perlu menggunakan kebijaksanaan fikiran dan kehebatan minda untuk memilih pendapat tokoh yang bersifat "UMUM" yang dapat disesuaikan dengan pelbagai tema karangan. SELAMAT MENCUBA!
  1. Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers
  2. Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln
  3. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal
  4. Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet
  5. Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare
  6. Kesedaran walaupun sesaat, sering kali berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes
  7. Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia
  8. Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab
  9. Merancang masa bermakna merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi
  10. Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi
  11. Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero
  12. Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious
  13. Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill
  14. Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero
  15. Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman
  16. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju
  17. Seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt
  18. Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan baik. Pepatah Arab
  19. Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau
  20. Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates
Read more

Prosa Tradisional Ting 1 Taju'l Muluk

Raja Zainu'l Muluk yang memerintah Syarqastan dalam keadaan gering. Menurut nujum, penyakit baginda akan sembuh sekiranya memperoleh bunga bakawali. Keempat-empat anak baginda pergi mencari bunga bakawali, kecuali Taju'l Muluk. Sudah lama merantau, putera baginda tidak juga kembali kerana termasuk perangkap Puteri Jenuh Hati yang pandai bermain catur menyebabkan Taju'l Muluk pergi mencari.
Taju'l Muluk bekerja dengan seorang amir dan setiap hari selama dua jam dihabiskan bermain catur. Setelah dia mahir, dia pun pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati untuk menyelamatkan adik-adiknya. Untuk mendapat masuk ke mahligai tersebut, Taju'l Muluk terpaksa mengaku seorang perempuan tua sebagai neneknya. Menurut nenek itu, kehebatan Puteri Jenuh Hati bermain catur kerana memelihara seekor kucing dan tikus. Sekiranya baginda hendak kalah, segera diisyaratkan kepada kucin, kemudian kucing akan menggoyangkan kepalanya, lalu padamlah pelita itu. Ketika itulah tikus akan keluar mengacau buah catur. Strategi ini digunakan menyebabkan baginda dapat mengalahkan beratus-ratus orang raja.
Apabila mengetahui akan rahsia itu, Taju'l Muluk membeli seekor musang dan diajar anak musang itu, Apabila dia memetik tangan, keluarlah musang itu. Dengan menggunakan kuda dan memakai pakaian lengkap, Taju'l Muluk pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati. Puteri Jenuh Hati melayan kedatangan Taju'l Muluk dengan baik. Kemudian Taju'l Muluk mengajak Puteri Jenuh Hati bermain catur. Dalam pusingan pertama, Taju'l Muluk kalah. Ketika pusingan kedua, Puteri Jenuh Hati hampir kalah, lalu baginda memberi isyarat kepada kucing, menyebabkan pelita terpadam dengan sendirinya. Taju'l Muluk kemudian memberi isyarat kepada anak musangnya, lalu anak musangnya itu mengejar tikus yang hendak mengacau catur. Oleh sebab Puteri Jenuh Hati tidak dapat menipu, baginda kalah teruk di tangan Taju'l Muluk.
Setelah harta benda Puteri Jenuh Hati habis, Taju'l Muluk membuat pertaruhan dengan Puteri Jenuh Hati. Menurutnya jika dia kalah, baginda boleh mengambil harta yang dimenanginya. Manakala, sekiranya baginda yang kalah, dia akan mengambil semua harta yang tinggal milik Puteri Jenuh Hati. Akhirnya pertandingan itu memihak kepada Taju'l Muluk. Dia kemudiannya menceritakan tujuan dia datang ke mahligai tersebut. Akhirnya, adik Taju'l Muluk dibebaskan.
Menurut cerita Puteri Jenuh Hati, Bakawali merupakan anak raja yang besar kerajaannya. Di dalam taman puteri itu terdapat sebuah kolam dan di tengah kolam tersebut terdapat bunga bakawali yang dicari Taju'l Muluk selama ini. Untuk mencari kekuatan, Taju'l Muluk menceritakan kisah seekor harimau dengan Brahman. Dengan semangat yang kuat, Taju'l Muluk pergi ke sempadan negeri Bakawali. Setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya Taju'l Muluk menemui raksasa dan dia terpaksa berbaik-baik dengan raksasa tersebut. Dengan bantuan raksasa, jin telah membawa Taju'l Muluk terbang menemui Dewi Hamalah. Taju'l Muluk menunjukkan surat yang ditulis oleh raksasa. Apabila jin itu pulang, Dewi Hamalah mengahwinkan Taju'l Muluk dengan Puteri Mahmudah.
NILAI
  • Kasih sayang

Contohnya: Taju'l Muluk kasih akan ayahandanya menyebabkan dia pergi merantau untuk mendapatkan bunga bakawali agar penyakit ayahandanya dapat disembuhkan.

  • Baik hati

Contohnya: Perempuan tua yang dianggap penghulu mahligai Puteri Jenuh Hati telah melayan Taju'l Muluk dengan baik dan menganggap Taju'l Muluk seperti cucunya sendiri.

  • Keberanian

Contohnya: Taju'l Muluk seorang yang berani, antaranya sanggup berdepan dengan raksasa.

PENGAJARAN

  • Kita perlulah berkorban terhadap darah daging sendiri

Contohnya: Taju'l Muluk sanggup menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan saudaranya yang diculik Puteri Jenuh Hati dapat dibebaskan dan ayahandanya yang gering dapat disembuhkan.

  • Kita hendaklah jujur dalam setiap tindakan

Contohnya: segala tipu muslihat yang dilakukan oleh Puteri Jenuh Hati untuk menang dalam permainan catur janganlah diikuti.

  • Kita sewajarnya bijak menggunakan akal ketika menghadapi kecemasan

Contohnya: Taju'l Muluk menggunakan pelbagai muslihat apabila berhadapan dengan raksasa yang sebesar gunung yang mahu memakannya.

Read more

Friday, September 3, 2010

Klimaks dalam Novel KOMSAS Tingkatan Satu

Dalam kajian novel, aspek binaan plot merupakan satu perkara penting. Binaan plot merujuk kepada jalan cerita yang disampaikan oleh pengarang yang meliputi permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian.
Klimaks ialah kemuncak cerita yang menjadi titik paling tinggi dalam konflik watak utamanya. Sesebuah karya pasti memiliki titik klimaks kerana tanpa klimaks, cerita akan mendatar dan tiada daya tarikan.
Untuk memudahkan pelajar mengenal pasti klimaks yang terdapat dalam novel yang dikaji, terdapat beberapa perkara hendaklah diberi perhatian, iaitu klimaks ada kaitan dengan tema dan persoalan novel, klimaks biasanya melibatkan watak utama, klimaks membawa perubahan kepada diri watak dan klimaks menyelesaikan konfliks watak utama dengan watak lain.
Oleh sebab itu, klimaks dalam Novel Anak Din Biola ialah pengumuman Budiman sebagai Juara Bintang Kota Raya. Hal ini demikian kerana sepanjang perkembangan plotnya, fokus utama cerita ialah usaha Budiman untuk belajar bermain biola dan memenuhi wasiat bapanya. Maka, apabila Budiman diumumkan sebagai juara, terjawablah segala konflik yang diwujudkan sejak awal cerita.
Perkara ini dapat diringkaskan seperti yang berikut:
  • TEMA : Kegigihan seorang remaja melaksanakan amanat arwah bapanya supaya dia berjaya dalam bidang muzik.
  • WATAK UTAMA: Budiman.
  • KONFLIK: Memenuhi wasiat arwah bapa.
  • KLIMAKS: Budiman berjaya menjadi juara Bintang Biola Remaja Kota Raya.
  • PENYELESAI KONFLIK:Budiman berjaya memenuhi impian arwah bapanya.
Read more

Peribahasa Untuk Tema GAYA HIDUP SIHAT

Peribahasa Untuk Tema: Gaya Hidup Sihat/ Kesihatan/ Penyakit Berjangkit
  • Nasi sudah menjadi bubur : Sesuatu perbuatan/tingkah laku yang sudah terlanjur yang sudah tidak dapat dibaiki lagi.

Contoh: Seseorang yang telah mengidap sesuatu penyakit adalah sukar untuk disembuhkan semula.

  • Sediakan payung sebelum hujan : Kita hendaklah sentiasa beringat-ingat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Contoh: Oleh hal itu, kita perlulah beringat dan sentiasa berwaspada selalu dengan menjaga kesihatan sebelum sesuatu kejadian buruk menimpa diri kita.

  • Sudah terhantuk baru tengadah: Sesudah menerima kesusahan / kesulitan / masalah baru hendak beringat

Contoh: Apabila seseorang sudah mengidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti obesiti, darah tinggi, jantung, diabetis barulah sedar perlunya menjaga kesihatan.

  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya: Mengajar anak biarlah sejak mereka kecil lagi

Contoh: Usaha untuk membudayakan pemakanan seimbang oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu diterapkan semasa mereka masih kecil agar apabila mereka dewasa tentulah mereka sudah biasa dengan amalan pemakanan yang sihat.

COGAN KATA:

  1. Mencegah lebih baik daripada mengubati

Read more

SENARAI KABINET 2010

  1. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
  2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran : Tan Seri Datuk Haji Muhyiddin Mohd Yassin
  3. Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin
  4. Menteri Pelancongan : Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen
  5. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Datuk Mustapa Mohamed
  6. Menteri Kesihatan : Datuk Seri Liow Tiong Lai
  7. Menteri Belia dan Sukan : Datuk Ahmad Shabery Cheek
  8. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna : Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob
  9. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Datuk Douglas Unggah Embas
  10. Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Kong Cho Ha
  11. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
  12. Menteri Kerja Raya : Datuk Shaziman Abu Mansor
  13. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan : Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
  14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Datuk Haji Noh Omar
  15. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk Seri Maximus Ongkili

Read more

Thursday, September 2, 2010

KAJIAN NOVEL BUKAN DUNIAKU


Gara -gara merajuk dengan kedua-dua ibu bapanya. Halim mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Hanya itu sahaja jalan yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.
Namun begitu, Halim tersilap langkah. Perhitungannya telah membawa padah. Pertemuannya dengan abang Joe menambahkan lagi kekusutan sehingga dia terperangkap dengan tipu daya Abang Joe. Apakah yang terjadi selanjutnya. Untuk mendapat keseluruhan cerita anda perlu MEMBACA dari kulit ke kulit.
  • Untuk Mendapatkan PELBAGAI info tentang kajian Novel BUKAN DUNIAKU: Sila Klik
Read more

Cadangan Peribahasa / Cogan Kata dengan Tema Karangan

TEMA REMAJA dan MASALAH SOSIAL
  • Mencurah air ke daun keladi - Nasihat yang sia-sia

Contoh: Remaja yang tidak mahu dan mendengar nasihat daripada mereka yang lebih tua dan berpengalaman.

  • Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit - Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu.

Contoh: Kesan buruk / negatif kepada masyarakat kerana sikap segelintir remaja yang melencong daripada norma-norma masyarakat.

  • Kerana nila setitik rosak susu sebelanga - maruah masyarakat tercalar / rosak kerana keburukan seseorang

Contoh: Kesan negatif / masyarakat mendapat malu lantaran sikap beberapa remaja yang bersikap liar.

RUJUKAN TOKOH / KATA-KATA HIKMAT

  1. Bill Gates - Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

Contoh: Nasihat kepada remaja supaya berubah ke arah positif dengan segera.

Read more

Contoh Penerapan Peribahasa dalam Ayat

  1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa ...
  2. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa ..
  3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa ...
  4. Orang tua-tua pernah berkata ...
  5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa ...
  6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa ...
  7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak-anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah "biar putih tulang jangan putih mata"
  9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan.
  10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
  11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki kelembah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.
  12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
  13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.
  14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seseorang akan menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.
  15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

Read more

Wednesday, September 1, 2010

PENERAPAN PERIBAHASA DALAM KARANGAN

Cara menulis peribahasa dan ungkapan menarik dalam karangan adalah seperti berikut:
  • Menggunakan satu tanda petik '...'

Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.

Contoh:

Peribahasa 'usaha tangga kejayaan' perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.

  • Menggunakan dua tanda petik " ..."

Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah 'pepatah' itu manusia atau orang tua yang memberi nasihat atau berkata-kata.

Contoh:

  1. Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya"
  2. Orang tua-tua mengatakan, "jauh perjalanan, luas pengalaman." ( Tiada kata hubung 'bahawa' )
  • Tanpa menggunakan tanda petik

Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan.

Contoh:

  1. Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
  2. Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. ( Ada kata hubung bahawa )

Read more

Monday, August 30, 2010

Watak dan Perwatakan dalam RENYAH

Novel RENYAH menggambarkan kesukaran, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seorang usahawan dalam meniti kehidupan dan meluaskan empayar perniagaannya. Siapakah usahawan yang mampu menokah arus dan mencipta nama ulung dalam bidang usahawan ini? Siapakah isteri dan anak-anaknya, rakan kongsi? Bagaimana pandangan orang-orang di sekitarnya?
Jawapan bagi soalan-soalan ini sebenarnya menyatakan pelaku, pelakon atau watak serta perwatakan. Perwatakan ialah gambaran paras serta sikap dan tabiat mereka. Perwatakan dapat dilihat dari segi fizikal seperti usia dan paras. Di samping itu perwatakan merangkumi sifat dalaman watak seperti rajin, penyayang, tabah, lemah lembut serta bertanggungjawab.
Dalam novel ini watak utamanya ialah Datuk Dolhi. Watak-watak sampingan pula ialah seramai 18 orang termasuklah Datin Tominah, Hasnol, Amera, Wahi dan lain-lain.
Pengarang menampilkan watak-watak dalam novelnya dengan pelbagai cara. Setiap watak mampu dicungkil oleh pengarang dengan baik dan berkesan.
Datuk Dolhi
  • usahawan
  • rakan niaga Albert yang sama-sama menubuhkan Dolhi Albert Holding
  • memiliki 2 orang isteri dan isteri keduanya meninggal dunia
  • dikurniakan 6 orang anak

perwatakan dalaman

  1. bijak
  2. rajin bekerja iaitu kerap melawat tapak projek
  3. rajin membaca
  4. menyayangi kedua-dua isteri iaitu Datin Tominah dan Mastura
  5. tidak tegas dalam mendidik anak-anak

Datin Tominah

  • berumur 50-an
  • Isteri pertama Datuk Dolhi

Perwatakan dalaman

  1. sibuk dengan aktiviti sosial
  2. mementingkan kecantikan
  3. kurang memberikan perhatian kepada anak-anak
  4. kuat cemburu misalnya sering berbincang tentang cara-cara mengawal suami
  5. penggerak utama kelab Datin

Hasnol

  • anak sulung Datuk Dolhi dengan isterinya Datin Tominah
  • sudah berumah tangga dengan isterinya Linda dan dikurniakan 2 orang cahaya mata

Perwatakan dalaman

  1. tidak berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawanan
  2. tidak mempunyai ketegasan dan sering mengikut kata isteri sehingga dapat dikatakan mengikut telunjuk isteri
  3. bersikap boros dan akhirnya terlibat dengan rasuah

Amera

  • anak ke-2 Datuk Dolhi
  • seorang guru
  • cantik
  • isteri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas

Perwatakan dalaman

  1. komited terhadap tugas sebagai guru sehingga dianugerahkan sebagai pendidik terbaik seluruh negeri
  2. bersopan santun menyebabkan lelaki Cina iaitu Robert Lee pun tertarik dan mudah terpikat

Wahi

  • anak Datuk Dolhi dengan Mastura iaitu isteri keduanya.
  • berumur pertengahan 20-an
  • belajar di Jepun
  • dilantik menggantikan Datuk Dolhi menguruskan perniagaan

Perwatakan dalaman

  1. amanah
  2. bertanggungjawab misalnya menyiapkan kertas kerja untuk dibentang oleh Datuk Dolhi walaupun berada di Jepun
  3. berfikiran positif
  4. berbudi bahasa

Read more

Sunday, August 29, 2010

KONFLIK WATAK UTAMA DALAM RENYAH

  1. Datuk Dolhi mengalami konflik dengan kelima-lima orang anaknya. Contohnya kelima-lima anaknya menolak pelawaan/ ajakan/ pelawaannya untuk mengurus perniagaannya. Masing-masing seronok dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hasnol dengan kerjayanya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Amera sebagai pendidik, Ilham sibuk sebagai aktivis alam sekitar, Mukhlis aktif dalam gerakan dakwah dan Dani pula seronok dengan bidang seni muzik yang dicwburinya
  2. Datuk Dolhi berselisih pendapat dengan rakan-rakan Mukhlis tentang perjuangan dakwah dan bidang perniagaan. Bagi mereka perniagaan Datuk Dolhi berbaur riba dan maksiat. Manakala Datuk Dolhi pula beranggapan kegiataan dakwah yang diusahakan itu benar-benar merosakkan nama baik Islam kerana tiada pekerjaan dan mundar-mandir tanpa hala tuju.
  3. Datuk Dolhi mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat laporan tentang berita tentang anaknya Hasnol. Laporan akhbar memuatkan kisah Hasnol lari ke luar negara kerana terlibat dengan rasuah benar-benar membuatkan Datuk Dolhi malu kerana menjejaskan imejnya. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah. Datuk Dolhi turut disiasat.
  4. Datuk Dolhi benar-benar kecewa dan terkedu dengan peristiwa penangkapan Dani. Rumah Datuk Dolhi sekali lagi menjadi sasaran wartawan untuk mendapatkan berita apabila Dani ditangkap oleh polis kerana memiliki najis dadah dan ditahan dilokap.
  5. Datuk Dolhi berhadapan dengan situasi muram perniagaannya. Oleh sebab perstasi syarikat Dolhi-Albert Holding makin menurun kerana masalah dalaman keluargan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya. Tindakan Datuk Dolhi ini menyakitkan hati Albert lalu bertindak menarik diri sebagai rakan kongsi perniagaan.
Read more

Friday, August 27, 2010

Strategi Menulis Karangan SPM

1. ANALISIS SOALAN


Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara., menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.
  • Tema :- Golongan remaja
  • Isu:- Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman
  • Fokus :- Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.

2. MENULIS PENDAHULUAN

Mengandungi 3 komponen ayat utama:-

Ayat 1. Tema

  • Definisi

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan berusia di antara 15 hingga 20 tahun.

  • Nilai Murni

Golongan remaja di negara ini seharusnya bersyukur kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang aman dan makmur seperti Malaysia.

  • Kepentingan tema

Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan remaja sebagai pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Ayat 2. Isu

  • Salin pernyataan dalam soalan

Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.

Ayat 3. Fokus

  • Bina persoalan berdasarkan fokus soalan

Persoalannya, apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

Contoh Pendahuluan Lengkap:

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun. Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Persoalannnya, apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

3. MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan Isi Pertama:-

Ayat Wacana + Ayat Fokus

Pada pendapat saya, sebagai golongan yang menjadi aset kepada negara, ( AW ) golongan remaja perlulah menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa lampau seperti perit pedih pejuang-pejuang negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dan penat lelah pemimpin seterusnya memajukan negara ( AF )

Ayat Sokongan

Hal ini demikian kerana, perjuangan tokoh-tokoh terdahulu perlulah dijadikan inspirasi untuk meneruskan pembangunan sekali gus melakar sejarah indah buat generasi yang akan datang pula.

Ayat Huraian / Contoh

Golongan remaja perlu sedar bahawa bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan seperti sekarang. Rundingan demi rundingan, perbincangan demi perbincangan, barulah negara berjaya membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang telah lama beraja di mata dan bersultan di hati di negara kita yang tercinta ini.

Ayat Penegas

Justru, sebagai generasi pelapis, remaja perlu memandang ke hadapan dan mengorak langkah dengan penuh yakin agar kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Contoh Isi 2

Golongan remaja juga mestilah sentiasa menguatkan iltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana melalui pendidikan, golongan remaja dapat menambah ilmu di dada dan menajamkan fikiran untuk menghadapi hari mendatang. Dengan ilmu pengetahuan juga, remaja akan sentiasa dihargai walau di mana mereka berada. Jika di daratan akan menjadi pokok, dan jika dicampak ke laut akan menjadi pulau. Begitulah diibaratkan orang yang berilmu dan inilah ciri-ciri yang amat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan dan berfikiran luas. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab golongan remaja untuk memenuhi ilmu di dada dan mencari sebanyak mana pengalaman sebagai bekalan untuk menjadi pemimpin yang disegani.

Contoh Isi 3

Di samping itu, golongan remaja perlu sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri walau di mana kita berada. Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut adalah menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti merokok, penyalahgunaan dadah, dan kegiatan lumba haram. Perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini memberi gambaran imej yang jelas bahawa generasi muda kurang bersedia menerima amanah. Hal ini demikian kerana pemimpin yang berakhlak buruk tidak akan dihormati rakyat, apatah lagi untuk untuk mencapai kecemerlangan dalam pemerintahan. Dari sudut pandangan yang lain, generasi yang tidak bermoral ini dilihat hanya akan menjatuhkan dan meruntuhkan kestabilan negara yang telah dicapai hampir setengah abad. Justeru, golongan remaja harus sentiasa berhati-hati memilih rakan dan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah-kancah maksiat.

Contoh Isi 4

Selari dengan perkembangan ekonomi dan ledakan teknologi maklumat kini, golongan remaja perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan perubahan yang berlaku sama ada di dalam ataupun di luar negara. Hal ini demikian kerana, remaja perlu sentiasa bersaing dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya agar dapat memaksimumkan keupayaan dan kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk memajukan diri, bangsa, dan negara, berfikiran luas, terbuka, dan sentiasa rasional adalah sifat-sifat yang sangat perlu dalam pembentukan sahsiah seseorang bakal pemimpin. Contoh yang paling tepat ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Berkat kebijaksanaan dan keterbukaan beliau menerima pendapat dan teguran pihak lain, beliau berjaya memacu negara ke peringkat yang amat tinggi dan membanggakan. Oleh sebab itu, remaja haruslah menjadi sifat-sifat terpuji beliau sebagai pendorong dan inspirasi untuk mengekalkan kedaulatan negara dan membawa negara ke aras yang lebih tinggi.

Contoh Isi 5

Bidang sains dan teknologi amat penting dalam era globalisasi kini. Kerajaan dan pihak swasta, semuanya menumpukan perhatian kepada bidang yang mempunyai prospek dan masa hadapan yang cerah ini. Golongan remaja sebagai penggerak kemajuan negara, perlulah melibatkan diri dalam sektor-sektor berkaitan sains dan teknologi untuk memastikan perkembangan bidang ini yang berterusan. Kita perlulah mengambil dan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberi agar dapat merealisasikan kemajuan sains dan teknologi. Majmis Amanah Rakyat ( MARA ) umpamanya menyediakan banyak peluang kepada rakyat, khususnya kaum bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, sebagai generasi pelapis, kita perlulah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan sains seperti Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Inovasi Sains, Kuiz Sains Nasional, dan Pertandingan Mereka Laman Web.

Contoh Isi 6

Selain itu, golongan remaja perlu sentiasa menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui kementerian di bawahnya untuk memajukan Malaysia. Hal ini demikian kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak terutamanya golongan remaja, yang merupakan kumpulan majoriti adalah sangat penting. Remaja perlu menyahut seruan kerajaan dengan minda terbuka dan melaksanakan segala rancangan tersebut dengan jayanya. Contohnya, kempen membaca, kempen derma darah dan Progran Latihan Khidmat Negara. Pelbagai makna tersirat ingin disampaikan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan dan kementerian seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Pelbagai faedah akan diperoleh jika rancangan dan kempen tersebut mendapat perhatian dan penghayatan daripada golongan remaja. Antaranya, lahirlah golongan yang bersikap penyayang, matang, liberal, dan saling membantu. Justeru, adalah sangat perlu bagi remaja memainkan peranan mereka dalam menyokong seratus peratus dasar-dasar kerajaan.

4. MENULIS KESIMPULAN

Mengandungi 3 item yang utama:

  • Saranan
  • Harapan
  • Rayuan /Sinis

Contoh:

Sebagai kesimpulan, golongan remaja sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara, dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan, golongan remaja akan memandang serius segala perubahan yang berlaku serta mengambil tahu senario politik semasa agar dapat menjadi asas untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu membantu golongan remaja dalam usaha untuk memastikan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang akan mempunyai pelapis yang berwibawa.

Read more

Tuesday, August 24, 2010

TEKNIK MUDAH PERENGGAN

ALTERNATIF UNTUK PELAJAR SEDERHANA DAN POTENSI

A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1 = Idea Utama
A2 = Huraian
A3 = Huraian
A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik
A5 = Kesimpulan perenggan

*A ialah ayat.


B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN

Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut;


  1. Akhir-akhir ini, ...
  2. Belakangan ini, ...
  3. Mayapada, ...
  4. Marcapada, ...
  5. Dalam mengejar era modenisasi ...

C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut;

Punca/cara/ usaha/ kepentingan yang perlu diperhalusi ialah, ...

D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN

Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut;

  • Kesimpulannya, ...
  • Secara tuntas, ...
  • Sebagai akhir kalam, ...
  • Konklusinya, ...
  • Sebagai intiha, ...

E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR

Tema = isu dalam soalan

Ayat arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan

Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea

Ayat contoh = ayat yang menyatakan contoh ( dimulakan dengan )

  • Menurut ... atau Sebagai contoh, ... ( berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat

Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu

E. PROSEDUR PELAKSANAAN

  1. Guru menerangkan secara ringkas perkara A,B,C,,D dan E
  2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan, isi dan kesimpulan kepada pelajar
  3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan
  4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis ayat sebelum memulakan ayat seterusnya.

G. CONTOH BAHAN PENGAJARAN

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita kian longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

PENDAHULUAN

Mayapada, .. (tema ) ....................................................................................................................................

............................................. ( AH = Apa ) ....................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

( AH ) BAGAIMANA/ MENGAPA/SIAPA ..............................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AC ) Menurut .............................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

.............................................. ( AA ) Oleh itu, ...................... ( ARAHAN SOALAN ).................................

...........................................................................................................................................................................

ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat

ditingkatkan ialah .........................................................................................................................................

................................................................. ( AH ) Justeru, ............................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AH ) Hal ini demikian kerana ...................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AC ) Sebagai contohnya, ...........................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( AS ) Sekiranya, ...........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

KESIMPULAN

Sebagai akhir kalamnya, .............................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( Harapan ) .....................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( Pandangan ) .................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

( Cadangan ) ...................................................................................................................................................

CONTOH PENULISAN PELAJAR

PENDAHULUAN

Mayapada, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin longgar. Semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai sifat ramah dan ringan tulang dalam kalangan masyarakat yang berjiran. Semangat kejiran cukup penting kerana kita boleh merapatkan hubungan silaturahim tatkala berlakunya musibah atau semasa berkongsi kegembiraan. Menurut Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, semangat kejiranan merupakan sumber kekuatan umat dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Oleh itu, langkah-langkah memperkuat semangat kejiranan perlu difikirkan oleh semua pihak yang terlibat.

ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan adalah dengan mengadakan gotong-royong. Gotong-royong boleh diadakan pada hujung minggu bagi mengisi program hujung minggu orang ramai. Biasanya program gotong-royong diadakan bagi membersihkan masjid atau semasa mengadakan kenduri kendara. Menurut Datuk DR. Fadzillah Kamsah, program gotong-royong mampu menambah erat hubungan sesama anggota masyarakat dan mengukuh negara bangsa. Sekiranya setiap golongan masyarakat terlibat dengan program gotong-royong, maka pastinya semangat kejiranan bertambah utuh dan negara menjadi semakin kukuh.

KESIMPULAN

Sebagai akhir kalam, semangat kejiranan perlu diperkukuh oleh segenap lapisan masyarakat. Semangat kejiranan perlu diamalkan bukan sahaja oleh penduduk desa malahan penduduk bandar. Jika semangat kejiranan berjaya dihayati, negara akan semakin kukuh dan tercapailah misi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Semoga semangat kejiran terus subur dalam nurani warga Malaysia sehingga negara terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Read more

Syair Definisi Orang Berakal

Syair Definisi Orang Berakal


Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Orang yang berakal merupakan orang mulia. Orang berakal juga seumpama pakaian bagi para nabi. Sesiapa sahaja yang mengikut ajaran orang yang berakal akan bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam
Orang yang berakal mempunyai pemikiran yang tajam. Jika menjadi ketua, mereka akan membela orang bawahan. Jika melihat sesuatu yang tidak baik, mereka akan membetulkannya.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh dan kerohanian yang tinggi. Mereka juga amat mengasihi rakan-rakan dan majikan. Orang yang berakal akan menjauhi orang yang jahat kerana khuatir akan mendatangkan musibah kepada diri.
Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak takwa,
Ibanya tahu dunia tak kekal.
Orang yang berakal akan mematuhi hukum agama. Mereka tidak bersikap tamak dan memperbanyak tawakal. Hal ini demikian kerana mereka tahu dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Jika orang berakal ini dikasihi raja, mereka tidak akan membuat sesuatu sesuka hati. Mereka juga tidak akan sambalewa ketika bekerja dan bersikap biasa sahaja terhadap rakan-rakan.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Semakin raja mengasihinya, orang yang berakal tetap berhati-hati. Mereka akan sentiasa mengambil hati sahabat dan sentiasa merendah diri.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
Orang yang berakal juga sangat suka akan ilmu. Mereka akan menelaah tanpa perasaan jemu. Orang yang berakal tidak akan terpedaya dalam mencari kepuasan dalam kehidupan.
Persoalan
  • kebahagian dapat dicapai jika seseorang itu mencontohi orang yang bijak.
  • kepentingan untuk mematuhi hukum agama.
  • sikap sombong sangat perlu dijauhi oleh semua orang.
  • kepentingan sikap rendah diri terhadap orang lain.
  • kepentingan penguasaan ilmu dalam kehidupan.

Gaya Bahasa

  • perkataan klasik - tersunjam dan melanja-lanja.
  • anafora - Tiadalah ia melanja-lanja, tiadalah menyombonh pada bekerja.
  • Sinkope - Ibanya tahu dunia tak kekal.
  • Asonansi - Pakaian anbia dan aulia. ( perulangan vokal 'a' )
  • Aliterasi - Orang berakal sangatlah mulia ( perulangan konsonan 'l' )

Nilai

  • kasih sayang - sangatlah mengasihi tuan dan sahabat.
  • baik hati - segala taulannya hatinya dihambat.
  • rendah diri - merendah diri serta berkhidmat.
  • tekun - suka mentelaah tiadalah jemu.

Pengajaran

  • kita hendaklah mencontohi orang yang berakal.
  • kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan nasib orang bawahan.
  • kita hendaklah mematuhi hukum-hakam agama.
  • kita tidak boleh mengamalkan sikap melampau dalam kehidupan.
  • kita hendaklah sentiasa merendah diri.
Read more

Prosa Tradisional Ting 1 Maharaja Keinderaan

Bab 1

Bentara Angkasa Indera Dewa seorang raja yang gagah dan memiliki kerajaan yang besar. Setelah memohon kebenaran daripada Bentara Guru, baginda pun turun ke dunia bersama isterinya.

Bab 2

Maharaja Indera memerintah Anta Beranta, sebuah kerajaan yang besar. Pada satu hari Angkasa Indera Dewa menghadap Maharaja Indera dalam keadaan tubuh yang compang-camping. Melihat keadaan Angkasa Indera Dewa itu ( Si Miskin ), orang ramai mengetawakannya dan melontarkan tubuhnya dengan kayu dan batu, sehingga tubuh baginda berdarah. Raja mengusir Si Miskin dari istana.

Disebabkan Si Miskin dalam keadaan lapar, dia mencari makanan dalam timbunan sampah. Bersama isterinya, mereka makan daun taruk kayu, ketupat, dan tebu yang besi. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Sebenarnya ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Bentara Karma Jaya, yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat ( lelaki ) dan tebu ( perempuan ).

Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam memakan buah mempelam yang ada dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar, tetapi tidak diterima oleh isterinya. Jalan yang terakhir, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda mengizinkan diambil buah tersebut. Isteri Si Miskin mengidam buah nangka yang terdapat dalam taman raja juga. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin.

Bab 3

Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Marakarma. Si Miskin mendirikan pondok untuk kediaman mereka sekeluarga. Ketika mengali untuk membina pondok. Si Miskin telah menemui tempayan besar yang mengandungi emas. Pada hari yang lain, ketika dia sedang memangku anaknya, dia mengatakan sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari. Manakala namanya ditukar kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya diberi nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Beberapa tahun kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri dan diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma.

NILAI

  • Kasih sayang

Contohnya: Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan menemui Maharaja Indera Dewa untuk memperoleh mempelam dan buah nangka.

  • Tanggungjawab

Contohnya: Si Miskin bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membina pondok untuk mereka sekeluarga tinggal.

  • hemah tinggi

Contohnya: Si Miskin tunduk dan menyembah tanda hormat apabila menemui Maharaja Indera Dewa

PENGAJARAN

  • Kita perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua

Contohnya: ditunjukkan oleh Bentara Angkasa Indera Dewa yang tidak mendengar nasihat Bentara Guru bahawa hidup di dunia ini akan mengalami kesusahan jangan lah diikuti.

  • Kita hendaklah mengasihi isteri kita

Contohnya: Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan berusaha mendapatkan buah mempelam dan nangka.

  • Pemerintah perlu bersikap adil kepada rakyat

Contohnya: Maharaja Indera Angkasa memerintah Puspa Sari dengan adil menyebabkan rakyat menyayanginya dan negerinya makmur.

Read more

Thursday, August 19, 2010

PANTUN EMPAT KERAT ( Jenaka dan Sindiran )

Pantun Empat Kerat ( Jenaka dan Sindiran )

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Menyindir seseorang yang mempunyai isteri yang cantik, tetapi tidak pandai menguruskan rumah tangga.




Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Peristiwa lucu yang mustahil berlaku dijadikan gurauan dalam masyarakat.




Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kelakuan lucu dijadikan sindiran dalam masyarakat. Kambing yang sepatutnya menjadi makanan harimau hanya dapat dilihat kerana ketidakupayaan harimau sendiri.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Kebimbangan seseorang apabila melihat sesuatu yang aneh berlaku di persekitaran


Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Kehairanan seseorang apabila melihat sesuatu yang tidak sewajarnya telah berlaku. Sepatutnya ikan disambar burung, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.


Persoalan

  • Persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita sebelum berumah tangga.
  • Kepentingan ilmu pengetahuan.
  • Kepentingan kuasa dan kekuatan dalam usaha meneruskan kehidupan.
  • Kebimbangan masyarakat tentang perlakuan aneh dalam masyarakat.
  • Kekuatan seseorang tidak akan kekal untuk jangka masa panjang.

Gaya bahasa

  • Pemilihan kata (diksi) yang indah - Apa guna berkain batik; kalau tidak memakai capal.
  • Inversi - Duduk termenung harimau tua.
  • Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal.
  • Asonansi - Duduk termenung harimau tua (perulangan vokal 'u')
  • Aliterasi - Burung terbang disambar ikan. (perulangan konsonan 'r')

Nilai

  • Bijaksana - bijak mengurus rumah tangga.
  • Rajin - berusaha menuntut ilmu.
  • Prihatin - mengambil berat segala peristiwa yang berlaku.

Pengajaran

  • sebagai seorang isteri kita hendaklah pandai menguruskan rumah tangga.
  • kita hendaklah berusaha untuk mencari ilmu pengetahuan.
  • kita hendaklah prihatin terhadap peristiwa yang berlaku.
  • kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam kehidupan.

Read more

Tuesday, August 17, 2010

Formula tatabahasa bahagian 6



Read more

Formula tatabahasa bahagian 5



Read more

Formula tatabahasa bahagian 4



Read more

Formula tatabahasa bahagian 3







Read more

Formula tatabahasa bahagian 2



Read more

PUISI TRADISIONAL ( Pantun Empat Kerat Budi )




PANTUN EMPAT KERAT ( Budi )


Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Maksud:
Jika tidak mengingati seseorang, kita tidak akan menyebut namanya

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Maksud:
Telah menjadi resam dalam kehidupan di dunia bahawa orang yang mati akan meninggalkan nama, sama ada baik atau buruk.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Maksud:
Orang yang berbuat baik walaupun sedikit tidak akan dilupakan malah menjadi kenangan kepada orang lain.

Anak itik berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Maksud:
Seseorang sanggup menerima cinta orang lain dan sanggup berbakti sepanyang hayat.



Persoalan
  • Nama yang baik akan sentiasa disebut oleh orang lain.
  • Nama orang yang mati akan disebut berdasarkan amalannya.
  • Budi yang baik walaupun sedikit akan terpahat dalam hati orang lain
  • Kesanggupan menerima budi baik dan cinta orang lain serta kesanggupan berkhidmat sepanjang hayat.

Gaya Bahasa

  • Pemilihan kata yang indah - Air pasang tenang-tenangan
  • Sinkope - Jika tak kenang kepada saya; Budi sedikit bila kan hilang
  • Inversi - kasih tuan saya terima
  • Asonansi -Terang bulan terang di paya ( perulangan vokal 'a' )
  • Aliterasi - Orang yang mati meninggalkan nama ( perulangan konsonan 'g' )

Nilai

  • Kasih sayang - Kasih tuan saya terima; Sebagai hutang seribu tahun
  • Mengenang budi - Budi sedikit bila kan hilang; Itu menjadi kenang-kenangan
  • Hormat-menghormati - Resam di dunia juga disebut; Orang yang mati meninggalkan nama

Pengajaran

  • Kita hendaklah sentiasa mengenang budi baik orang lain
  • Kita mestilah berbudi dalam kehidupan
  • Kita mestilah menghargai kebaikan orang lain
  • Kita mestilah membalas jasa orang lain



Read more

Friday, August 13, 2010

Novel Renyah: KAJIAN LATAR

LATAR dalam sesebuah karya sastera berkait rapat dengan watak yang hendak diceritakan. Audien akan memperoleh gambaran lebih jelas sekiranya sesebuah karya itu menggambarkan latar tempat tang tepat, latar masa serta latar masyarakat yang khusus. Hal ini akan memudahkan pembaca mengenali lebih rapat di manakah peristiwa itu berlaku, bilakah masanya, dan masyarakat apakah yang terdapat dalam karya.

UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT :

Read more

BANK PERIBAHASA

  • Peribahasa: Sama Maksud

Banyak peribahasa Melayu yang membawa maksud melakukan sesuatu pekerjaan yang sia-sia dan tidak membawa faedah apa-apa. Antaranya:

  1. Bagai mencencang air -------------------------> melakukan kerja yang tidak berfaedah.
  2. Bagai kambing menanduk bukit ---------------> kerja yang sia-sia yang merugikan diri.
  3. Bagai menghitung bulu kambing -------------- > perbuatan yang sia-sia.
  4. Bagai hujan jatuh ke pasir ---------------------> perbuatan yang sia-sia.
  5. Seperti anjing menyalak bukit -----------------> perbuatan yang sia-sia.
  6. Laksana layang-layang melawan angin---------> perbuatan yang sia-sia.
  7. Laksana mencari sungai yang tiada berhulu ---> berpenat lelah yang sia-sia.
  8. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan --- > kerja yang sia-sia.
Read more

Thursday, August 12, 2010

Antologi Kasut Kelopak Jantung: TEMPANG

SINOPSIS:
Seorang pelajar cacat bernama Hafizi di kelas 4 Sains 1 berkawan baik dengan Raja. Hafizi dibenci dan sering dihina oleh Kamil dan kawan-kawannya. Kamil selalu mengejek Hafizi. Sikap Kamil yang buruk itu tidak disenangi oleh Raja. Raja yang tidak sabar lagi dengan gelagat jahat Kami akhirnya bertekad mahu bertindak ke atas Kamil. Namun Hafizi menghalang. Mei Ling yang menegur sikap Kamil menyebabkan Kamil marah dan berlakulah pertengkaran tetapi terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas.
Semasa aktiviti perkelahan anjuran kelas 4 Sains 1, Kamil hampir-hampir lemas namun sempat diselamatkan oleh Hafizi. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan memohon maaf kepada Hafizi.
TEMA
  • Sikap manusia yang suka memandang hina kepada orang cacat.

PERSOALAN

  1. Sabar walaupun dihina rakan
  2. Sikap suka berdendam tiada kebaikannya
  3. Menasihati kawan agar mengawal kemarahan
  4. Membantu orang yang kesusahan

NILAI

  1. sabar
  2. pemaaf
  3. bertanggungjawab
  4. berani
  5. tolong-menolong
  6. baik hati
Read more

Wednesday, August 11, 2010

TEMA DAN PERSOALAN - NOVEL RENYAH

TEMA


Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.


PERSOALAN



  • Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.


  • Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.


  • Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.


  • Pengarug ajaran Islam yang menyimpang. Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.


  • Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi, merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.


  • Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah terlibat dengan salah laku rasuah keranatamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.


  • Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencita alam sekitar. Namun minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.


  • Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.

Untuk maklumat lanjut: SILA KLIK

Read more