Saturday, August 2, 2014

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1


BIL

UNIT

PERIBAHASA


MAKSUD

1.
2.
3.


4.


5.
6.
7.
8.
9.
Unit1
Hlm.2
Hlm.3
Hlm.3


Hlm.3


Hlm.3
Hlm.7
Hlm.7
Hlm.7
Hlm.7

Bagai aur dengan tebing (perumpamaan)
Tangan terbuka ( simpulan bahasa )
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain ( pepatah )

Besar hati ( simpulan bahasa )


Buah tangan ( simpulan bahasa )
Bulat hati ( simpulan bahasa )
Ringan mulut (simpulan bahasa )
Tajam akal ( simpulan bahasa )
Ambil berat  ( simpulan bahasa )

Saling membantu.
Menerima kunjungan atau pandangan dengan sukacita.
Asal tempat seseorang memang sukar dilupakan.
(a)Berasa bangga
(b)Sombong

Hadiah untuk orang yang diziarahi.
Azam yang serius.
Suka bercakap.
Pintar, cerdas.
Memberikan perhatian yang serius.


Unit 2
-


10.
Unit 3
Hlm.17

Berbesar/ besar hati (simpulan bahasa)

Berasa bangga / Sombong


11.

12.

13.

14.

15.
16.
17.
Unit 4
Hlm.30

Hlm.30

Hlm.30

Hlm.30

Hlm.30
Hlm.30
Hlm.30

Bagai/seperti cincing dengan permata (perumpamaan)
Bagai/laksana laying-layang putus tali (perumpamaan)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya (pepatah)
Bagai/laksana minyak dengan air (perumpamaan)
Bagai murai dicabut ekor (perumpamaan)
Bagai pucuk dilancarkan (perumpamaan)
Seperti lipas kudung (perumpamaan)

Pasangan suami isteri atau pengantin yang sama cantik dan sama padan.
Hilang arah tuju, bergantung pada nasib semata-mata.
(a)Anak menurut baka ibu bapa
(b)Sesuatu itu menurut asal
Tidak dapat bercampur.

Becok, banyak bercakap.
Tangkas.
Pergerakan yang cepat dan cekap.


Unit 5
-


Unit 6
-


18.
19.
20.
21.
22.

23.

24.
Unit 7
Hlm.51
Hlm.54
Hlm.54
Hlm.54
Hlm.54

Hlm.54

Hlm.54

Sagu hati (simpulan bahasa)
Putus asa (simpulan bahasa)
Berpeluk tubuh (simpulan bahasa)
Hancur hati (simpulan bahasa)
Tali barut

Bagai anjing buruk kepala (perumpamaan)
Mencari/cari akal

Hadiah tanda penghargaan.
Kecewa.
Malas berusaha.
Sangat sedih.
Orang yang menjadi suruhan pihak tertentu dalam usaha mendapatkan rahsia.
Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat

Berikhtiar untuk mengatasi sesuatu masalah.
Read more

KRONOLOGI PEPERIKSAAN AWAM DI MALAYSIA


TAHUN


NAMA PEPERIKSAAN
1957
·         Lower Certificate of Education ( LCE) diperkenalkan
·         School Certificate (SC)/ Federation of Malaya Certificate (FMC) diperkenalkan
1960
·         Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan
1962
·         Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (SPPTM) diperkenalkan
1964
·         Malaysia Certificate of Education (MCE) menggantikan Federal of Malaya Certificate (FMC)
·         Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  menggantikan Peperiksaan SPPTM)
1967
·         Penilaian Darjah Lima (PDL) diperkenalkan
1969
·         Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) diperkenalkan
1973
·         Ujian Darjah Tiga (UDT) diperkenalkan
·         Ujian Lisan Bahasa Melayu bagi SPM/ MCE diperkenalkan
1976
·         Peperiksaan Bahasa Malaysia ( Julai ) diperkenalkan
1980
·         SPM menggantikan MCE di seluruh Malaysia
1981
·         Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) diperkenalkan
1982
·         Ujian Darjah Tiga (UDT) dimansuhkan
1985
·         SRP menggantikan LCE sepenuhnya
1986
·         Penilaian Darjah Lima (PDL) di mansuhkan
·         SPM menggantikan peperiksaan MCE sepenuhnya
1988
·         Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  ( UPSR ) diperkenalkan
1993
·         Penilaian Menengah Rendah  ( PMR ) diperkenalkan
1996
·         Penilaian Tahap satu (PTS) diperkenalkan
2000
·         Sistem Persijilan Terbuka diperkenalkan di peringkat SPM
2001
·         PTS dimansuhkan
2003
·         Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM diperkenalkan
2010
·         Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) diperkenalkan diperingkat Sekolah Rendah
2011
·         Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) diperkenalkan diperingkat Sekolah Menengah
2014
·         Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) menggantikan peperiksaan PMR
Read more

Wednesday, July 30, 2014

FORMAT PT3 BAHASA MELAYU

Format PT3 Bahasa Melayu

Ujian Bertulis


BIL

PERKARA

KETERANGAN


1

Jenis Instrumen

Ujian Bertulis

2
Jenis Item
(a)  Objektif Pelbagai Bentuk
(b)  Respon Terhad
(c)  Respon Terbuka

3
Bilangan Soalan
Bahagian A ( sistem Bahasa )
4 Soalan

Bahagian B ( Pemahaman Teks )
3 Soalan

Bahagian C (Pemindahan maklumat)
1 Soalan

Bahagian D ( Penulisan Karangan )
1 Soalan

Jawab Semua Soalan


4

Jumlah Markah

100 markah


5

Masa

2 jam

6
Konstruk
(a)  Pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa
(b)  Kemahiran aplikasi bahasa ( menulis )
(c)  Kemahiran Aplikasi Maklumat ( membaca dan memahami )
(d)  Kemahiran Kreatif dan apresiasi bahasa ( membaca dan menulis )

7

Kaedah Penskoran

Analitik dan Holistik



Read more

Tuesday, July 29, 2014

KAJIAN NOVEL LESTARI BUKIT MENGHIJAU

WATAK SAMPINGAN

Apabila membicarakan watak sampingan , hal ini bukanlah bermakna peranannya tidak penting seperti watak utama. Sebenarnya setiap watak yang dimunculkan itu adalah penting dan berfungsi, serta turut mengembangkan plot atau alur cerita sesebuah novel. Secara langsung pula, watak sampingan turut berkait dengan watak-watak yang lain. Perwatakan watak utama tidak akan berkembang dengan wajar sekiranya tidak berinteraksi dengan watak-watak sampingan. Yang paling dominan dan yang membezakan antara watak utama dan watak sampingan ialah lazimnya watak sampingan jarang-jarang dipertentangkan dengan konflik yang besar seperti yang dihadapi dan dialami oleh watak utama.
            Oleh hal yang demikian , sama ada pembaca sedar atau tidak, setiap novel pasti mengandungi banyak watak sampingan  yang ditampilkan oleh pengarang. Watak-watak ini juga lazimnya tidak muncul dalam keseluruhan cerita, tetapi ditimbulkan sekali-sekala sahaja oleh pengarang. Watak jenis ini dikemukakan oleh pengarang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung

WATAKL SAMPINGAN DALAM NOVEL LESTARI BUKIT MENGHIJAU




Lestari
Bukit Menghijau



Pak Tua
·         Pemurah – Pak Tua mewakafkan Bukit Bintagor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
·         Berpengetahuan luas – Beliau mempunyai luas tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk dan keguinaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.


Cikgu Idham

·         Bersikap terbuka – Cikgu Idham mempunyai sikap terbuka kerana mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong membersihkan kampong serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
·         Berfikiran Kreatif – Beliau kreatif dengan mencetuskan idea untuk menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.

Contoh Soalan

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

i) Wira Persona Avatari oleh Ahmad Zaki Abu Bakar
ii) Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii) Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Ibrahim
iv) Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.
Read more