Tuesday, July 29, 2014

KAJIAN NOVEL LESTARI BUKIT MENGHIJAU

WATAK SAMPINGAN

Apabila membicarakan watak sampingan , hal ini bukanlah bermakna peranannya tidak penting seperti watak utama. Sebenarnya setiap watak yang dimunculkan itu adalah penting dan berfungsi, serta turut mengembangkan plot atau alur cerita sesebuah novel. Secara langsung pula, watak sampingan turut berkait dengan watak-watak yang lain. Perwatakan watak utama tidak akan berkembang dengan wajar sekiranya tidak berinteraksi dengan watak-watak sampingan. Yang paling dominan dan yang membezakan antara watak utama dan watak sampingan ialah lazimnya watak sampingan jarang-jarang dipertentangkan dengan konflik yang besar seperti yang dihadapi dan dialami oleh watak utama.
            Oleh hal yang demikian , sama ada pembaca sedar atau tidak, setiap novel pasti mengandungi banyak watak sampingan  yang ditampilkan oleh pengarang. Watak-watak ini juga lazimnya tidak muncul dalam keseluruhan cerita, tetapi ditimbulkan sekali-sekala sahaja oleh pengarang. Watak jenis ini dikemukakan oleh pengarang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung

WATAKL SAMPINGAN DALAM NOVEL LESTARI BUKIT MENGHIJAU




Lestari
Bukit Menghijau



Pak Tua
·         Pemurah – Pak Tua mewakafkan Bukit Bintagor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
·         Berpengetahuan luas – Beliau mempunyai luas tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk dan keguinaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.


Cikgu Idham

·         Bersikap terbuka – Cikgu Idham mempunyai sikap terbuka kerana mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong membersihkan kampong serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
·         Berfikiran Kreatif – Beliau kreatif dengan mencetuskan idea untuk menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.

Contoh Soalan

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

i) Wira Persona Avatari oleh Ahmad Zaki Abu Bakar
ii) Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii) Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Ibrahim
iv) Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

No comments:

Post a Comment