Wednesday, July 28, 2010

PLOT TRAGEDI EMPAT DISEMBER




PERMULAAN:



  • Kamarul Azam dan rakan-rakannya ( Razi, Lina Lim, Chandra ) menaiki motobot ke Tanjung Pangku untuk aktiviti perkhemahan.

PERKEMBANGAN:




  • DSP Yazid menerima maklumat bahawa kapal terbang yang dinaiki oleh ayah Kamarul Azam terhempas di Tanjung Pangku.


  • Kamarul Azam dan rakannya Razi melihat sendiri kapal terbang terhempas.

KLIMAKS:




  • Kamarul Azam dan Razi ditangkap oleh sekumpulan penjahat yang berserkup kepala ketika mereka meninjau kawasan tempat kemalangan berlaku.


  • Kamarul Azam dan Razi dibawa ke tengah laut dan dibiarkan hanyut ( karan ) sebelum diselamatkan oleh Pak Widodo iaitu nelayan di Pulau Rangsang.

PELERAIAN:




  • Kamarul Azam dan Razi kemudian berjaya pulang ke Johor dengan bantuan Antik dan sempat menghadiri majlis pengebumian mayat mangsa tragedi secara beramai-ramai di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh.

Contoh Pelbagai Soalan berkaitan aspek PLOT yang berkemungkinan ditanya pada Oktober nanti:-


Soalan 1


Berdasarkan novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2 dan 3, ulas secara ringkas bahagian akhir cerita.


Jawapan contoh:


Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 2 ialah Tragedi Empat Disember manakala novel yang saya kaji dalam Tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan.


Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita Tragedi Empat Disember, Antik telah ditemukan semula dengan ayahnya apabila pasukan keselamatan kedua-dua buah negara sepakat untuk ke tengah laut. Selain itu, misteri tentang kotak yang dijumpai juga terjawab apabila kotak itu ditemukan semula dan mengandungi catatan yang ditulis oleh penumpang pesawat sebelum pesawat terhempas.


Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan, Kanang yang telah bersara telah kembali ke Rumah Panjang Skra Hilir dan setelah itu membina rumah sendiri dengan tulang empat keratnya. Selain itu, walaupun setelah bersara Kanang masih juga mendapat penghormatan daripada kerajaan atas jasa baktinya kepada negara.


Soalan 2:


Bandingkan secara ringkas permulaan cerita novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.


Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 ialah Anak Din Biola dan Tragedi Empat Disember.


Dalam Novel Anak Din Biola, cerita dimulakan dengan aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh penghuni Rumah Bonda pada waktu pagi. Dalam Novel Tragedi Empat Disember pula, cerita dimulakan dengan aktiviti keluarga di rumah Encik Razali iaitu minum petang bersama-sama.


Teknik yang digunakan dalam permulaan cerita kedua-dua buah novel ini sama iaitu pemerian dan dialog. Dalam novel Anak Din Biola, gotong-royong di Rumah Bonda digambarkan secara pemerian tetapi terdapat juga perbualan antara Budiman dengan Pak Jais tentang tugas yang dilakukan. Dalam novel Tragedi Empat Disember perbualan antara ahli keluarga lebih banyak digunakan. Pemerian digunakan untuk menggambarkan keadaan keluarga tersebut ketika minum petang.


1 comment:

Anonymous said...

GOOG LUCK PMR STUDENT 2010.BTW AM RUWY PRAY FOR OUR SUCSECC OKAYY :)
and takan takda plot penceritaan novel kanang dengan anak din biola.mcm ringkas sgt je yg diberi tu -.-''

Post a Comment