Monday, July 28, 2014

KARANGAN CEMERLANG PMR

SULIT                                                                                                                                    
02/2 (PP)

Bahagian B :               Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

                                    ( 20 markah )

Kriteria Penskoran



PERINGKAT


MARKAH

DISKRIPSI




Cemerlang


16 – 20

( atas )
( 18 – 20 )

( bawah )
( 16 – 17 )


- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis.
- Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
- Idea yang relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
  kesimpulan sesuai dan berkembang.
- Pengolahan menarik dan berkesan.





Baik

11 – 15


( atas )
( 13 – 15 )

( bawah )
( 11 – 12 )

- Penggunaan kata dan ayat masih gramatis.
- Penggunaan kosa kata yang tepat.
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata,
   frasa dan ayat.
- Terdapat kesalahan  ejaan dan tanda baca yang minimum.
- Idea masih relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
  kesimpulan kurang dikembangkan.
- Pengolahan menarik.




Memuaskan

06 – 10

( atas )
( 08 – 10 )

( bawah )
( 06 – 07 )


- Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis.
- Penggunaan kosa kata yang terhad.
- Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa
  dan ayat.
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
- Idea kurang relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
  kesimpulan terhad.
- Pengolahan tidak menarik.

Penguasaan Minimum


01 – 05

- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan
  bahasa yang tidak cekap.
- Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.
Fadil Bin Hj, Ismail , MRSM K.Krai





PANDUAN PENULISAN KARANGAN CEMERLANG

Panduan Penulisan Karangan Cemerlang.



            Karangan merupakan satu daripada bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ( BM ) sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam BM. Meskipun bentuk soalan dan panjang pendek karangan ada perbezaannya antara satu peringkat dengan peringkat yang lain, cara penghasilannya tidak banyak berbeza.
            Berdasarkan soalan PMR yang terkini, karangan dimasukkan dalam kertas 2 BM. Pelajar dikehendaki menulis dua buah karangan. Dalam bahagian B, pelajar dikemukakan satu bahan rangsangan, misalnya gambar: foto, gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, carta, graf. Poster, dan lain-lain. Panjang karangan anda bahagian ini hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Markah untuk karangan ini ialah 20 dan pelajar dicadangkan menyiapkannya dalam masa 25 minit. Karangan untuk bahagian ini berkehendakkan pelajar mengemukakan pendapat tentang bahan rangsangan yang dikemukakan. Perhatikanlah contoh yang berikut.


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 



















            Berdasarkan soalan di atas, pelajar bebas mengemukakan pendapat tentang amalan membaca. Pelajar boleh mengemukakan pendapat berdasarkan skop yang berikut, iaitu:

a.         mengemukakan pendapat tentang faedah membaca.
b.         menjelaskan usaha-usaha untuk meningkatkan minat membaca.
c.         memperkatakan sikap rakyat kita tentang amalan membaca.
d.         membincangkan faedah dan usaha meningkatkan minat membaca.


            Pelajar boleh menulis karangan berdasarkan mana-mana skop di atas. Seperti kebiasaan, pelajar hendaklah membuat rangka karangan terlebih dahulu sebelum menulis. Yang berikut dikemukakan contoh rangka karangan bagi skop (a) di atas, iaitu pendapat tentang faedah membaca.

No comments:

Post a Comment