- Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta.
- Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan.
- Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit.
- Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah.
- Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu.
Plot:
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
( i ) Permulaan
Memperkenalkan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.
( ii ) Perkembangan
Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.
( iii ) Konflik
- pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya
- Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemarkan sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung
- Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang
( iv ) Klimaks
Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya
( v ) Peleraian
Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.
Teknik Plot:
1. Kejutan
- Dollah bertemu dengan mayat ibunya
- Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh
2. Suspen
- Dollah disondol binatang ganjil
3. Pemerian
- Manusiakah? Jinkah? Jembalangkah ? Apakah dia? Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...
4. Imbas Kembali
Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.
5. Monolog
Dollah: ( Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia dia berkata ) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
Watak dan Perwatakan:
Watak Utama
1. Dollah
- Capik, miskin dan dihina masyarakat
- Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya
- Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membesarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah.
- Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.
Watak Sampingan
2. Abu Lahab
- Broker tanah
- Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipi orang-orang kampung
3. Pak Sudin
- Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah
Latar:
1. Latar Masa
- lewat petang ( sebelum Maghrib ) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
- Minggu depan - Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
- Petang - di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
2. Latar Tempat
- Kampung Kuala dan Kampung Kenanga - tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda
- Sungai Nenek - airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
- Surau - tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
- Di rumah pawang - Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya
3. Latar Masyarakat
- masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan
- masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki
- masyarakat yang beriman dan taat perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan al-Quran sebagai petunjuk
- masyarakat yang mementingkan diri. Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah
- masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka
Gaya Bahasa:
1. Simpulan Bahasa
- Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
2. Repetisi
- Mereka, merekalah ...
- Cakap, cakap, cakap, cakap ...
3. Personifikasi
- Kambing-kambing tersenyum
4. Kata Pinjaman
- Bahasa Inggeris - Order, secret, you, I
- Bahasa Arab - Fajar, sidik, hijrah
Nilai:
- Nilai kesabaran. Contohnya, Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung
- Nilai tolong-menolong. Contohnya, Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji
- Nilai menghargai barangan tempatan. Contohnya, Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali
- Nilai kasih sayang antara suami isteri. Contohnya, Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik
- Nilai ketaatan. Contohnya, Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dollah semasa mengandung
Pengajaran:
- Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
- Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.
- Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.
- Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
- Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.
No comments:
Post a Comment