- Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.
- Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.
- Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.
- Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa berlaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Plot
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
( i ) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana.
( ii ) Perkembangan
Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.
( iii ) Konflik
Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu.
( iv ) Klimaks
Hawa mula sedar bahawa keselamatan janin lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di Yellowstone.
( v ) Peleraian
Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.
Teknik Plot
1. Pemerian
Contohnya:
..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket ditarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia ...
2. Suspen
Contohnya:
Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar ...
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Hawa
- keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
- seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
- seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.
- seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
- Isteri kepada Adam
Watak Sampingan
1. Adam
- suami Hawa
- seorang yang penyabar. Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
- mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia.
2. Janin
- generasi ke-8
- mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
- ikhlas memberi pandangan. Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya.
- mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mempunyai semangat patriotik terhadap tanak tumpah darah ayahnya, Adam.
Latar
Latar Masa:
- lapan tahun menunggu zuriat
- generasi kelapan Ahmad Abdullah
Latar Tempat:
- Yellowstone
- Devils Tower
- Canyon Village
Latar Masyarakat:
- Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan. Contonya Hawa yang menyayangi janinnya.
- Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga. Contohnya Hawa yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.
- Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan. Contonya Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.
- Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan. Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan.
Gaya Bahasa:
- Kata ganda, contohnya: tiba-tiba.
- Metafora, contohnya: perut bumi.
- Hiperbola, contohnya: kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.
- Simile, contohnya: lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.
- Personifikasi, contohnya: kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.
- Kata pinjaman, contohnya: Bahasa Arab ( Kun Fayakun ).
Nilai:
- Nilai kasih sayang. Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
- Nilai kesabaran. Contonya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.
- Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.
Pengajaran:
- kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
- kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.
- kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.
4 comments:
Terima kasih sbb post ni m'bantu saya bagi p'bentangan dikelas.. :)
terima kasih
terima kasih krn byk membantu
tq minta copy :)
Post a Comment