- Menggunakan satu tanda petik '...'
Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.
Contoh:
Peribahasa 'usaha tangga kejayaan' perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.
- Menggunakan dua tanda petik " ..."
Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah 'pepatah' itu manusia atau orang tua yang memberi nasihat atau berkata-kata.
Contoh:
- Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya"
- Orang tua-tua mengatakan, "jauh perjalanan, luas pengalaman." ( Tiada kata hubung 'bahawa' )
- Tanpa menggunakan tanda petik
Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan.
Contoh:
- Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
- Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. ( Ada kata hubung bahawa )
1 comment:
assalamualaikum pemilik blog dan catatan ilmu...mohon izin cetak untuk kegunaan pelajar saya ya...terima kasih
Post a Comment