TEMA
Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.
PERSOALAN
- Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.
- Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.
- Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
- Pengarug ajaran Islam yang menyimpang. Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.
- Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi, merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.
- Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah terlibat dengan salah laku rasuah keranatamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.
- Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencita alam sekitar. Namun minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.
- Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.
Untuk maklumat lanjut: SILA KLIK
12 comments:
terima kaseh
terima kasih..
Thanks!!!
Trollface.jpg
thanx ..
thanks a lot
Trma ksih bnyak2 =)
terima kasih dapat la saya buat ujian lisan dgn bersunguh sunguh...
ADE MNER BRO?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????JM TUBIK???????????????????????????????????????????????LW JDI CKP KT AQ????????????????????????????KTE TUBIK KNTAN????????MEREMPIT???????????CO??????????????????????????????
SAMA2
JOM STUDY KARANGAN SPM,,
thank you very much...
menipu nie aka kamr
Post a Comment