Novel RENYAH menggambarkan kesukaran, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seorang usahawan dalam meniti kehidupan dan meluaskan empayar perniagaannya. Siapakah usahawan yang mampu menokah arus dan mencipta nama ulung dalam bidang usahawan ini? Siapakah isteri dan anak-anaknya, rakan kongsi? Bagaimana pandangan orang-orang di sekitarnya?
Jawapan bagi soalan-soalan ini sebenarnya menyatakan pelaku, pelakon atau watak serta perwatakan. Perwatakan ialah gambaran paras serta sikap dan tabiat mereka. Perwatakan dapat dilihat dari segi fizikal seperti usia dan paras. Di samping itu perwatakan merangkumi sifat dalaman watak seperti rajin, penyayang, tabah, lemah lembut serta bertanggungjawab.
Dalam novel ini watak utamanya ialah Datuk Dolhi. Watak-watak sampingan pula ialah seramai 18 orang termasuklah Datin Tominah, Hasnol, Amera, Wahi dan lain-lain.
Pengarang menampilkan watak-watak dalam novelnya dengan pelbagai cara. Setiap watak mampu dicungkil oleh pengarang dengan baik dan berkesan.
Datuk Dolhi
- usahawan
- rakan niaga Albert yang sama-sama menubuhkan Dolhi Albert Holding
- memiliki 2 orang isteri dan isteri keduanya meninggal dunia
- dikurniakan 6 orang anak
perwatakan dalaman
- bijak
- rajin bekerja iaitu kerap melawat tapak projek
- rajin membaca
- menyayangi kedua-dua isteri iaitu Datin Tominah dan Mastura
- tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Datin Tominah
- berumur 50-an
- Isteri pertama Datuk Dolhi
Perwatakan dalaman
- sibuk dengan aktiviti sosial
- mementingkan kecantikan
- kurang memberikan perhatian kepada anak-anak
- kuat cemburu misalnya sering berbincang tentang cara-cara mengawal suami
- penggerak utama kelab Datin
Hasnol
- anak sulung Datuk Dolhi dengan isterinya Datin Tominah
- sudah berumah tangga dengan isterinya Linda dan dikurniakan 2 orang cahaya mata
Perwatakan dalaman
- tidak berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawanan
- tidak mempunyai ketegasan dan sering mengikut kata isteri sehingga dapat dikatakan mengikut telunjuk isteri
- bersikap boros dan akhirnya terlibat dengan rasuah
Amera
- anak ke-2 Datuk Dolhi
- seorang guru
- cantik
- isteri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas
Perwatakan dalaman
- komited terhadap tugas sebagai guru sehingga dianugerahkan sebagai pendidik terbaik seluruh negeri
- bersopan santun menyebabkan lelaki Cina iaitu Robert Lee pun tertarik dan mudah terpikat
Wahi
- anak Datuk Dolhi dengan Mastura iaitu isteri keduanya.
- berumur pertengahan 20-an
- belajar di Jepun
- dilantik menggantikan Datuk Dolhi menguruskan perniagaan
Perwatakan dalaman
- amanah
- bertanggungjawab misalnya menyiapkan kertas kerja untuk dibentang oleh Datuk Dolhi walaupun berada di Jepun
- berfikiran positif
- berbudi bahasa
5 comments:
thank
mne 3 orang lgi ank datuk dolhi??
terima kasih :)
tiga org ank dolhi dh hilang
DOLHI ALBERT HOLDING ASAL DARI MANA???TO CHIKA,,PLEASE TALK TO ME,,,,:))
Post a Comment